cursors

1st time mom

Assalamuaalikum hai...

Lama dah tak update blog ni.Berzaman uolls rindu pulak dekat this blog.So harini just nk share sikit la for the 1st time mom.Actually bella baru je melahirkan baby sulung lelaki yeah alhamdulillah.

So sebelum bersalin bella selalu berdoa baby bella behave baik senang tido.But sometimes you are not lucky!! Anak bella seorang baby yang high demand.Ape itu baby yang demand?Ok next bella akan ceritakan lebih lanjut.

Lepas je bella bersalin baby nangis.Then nurse bawak baby ke bilik lain bersihkan dia dan nurse bagi baby dekat bella.Masa tu baby tido sahaja dari pukul 7 pagi sampai tengahari.Lama gile tido.So bella expect senangnya nak jaga macam ni tido je kan.

Bile balik je rumah dia bangun nangis.Nangis bukan nangis biasa-biasa tapi menjerit.Dia jenis baby yang tido siang dan malam dia terjaga dan nangis.Malam adalah dalam 3-4 kali dia bangun dan nangis.Bila dah bangun amatla sukar dia nak melelapkan mata.Kadang-kadang mata dia tahan sampai 2 hingga 4 jam tak nak tido.So mak bella datang berikan bantuan dia cuba untuk tidokan bayi.Dia tepuk kuat2 punggung .Lepas mak bella tepuk-tepuk dia tido.Mak bella cakap dia jenis suka tahan mata nak tido.Liat nak tido.

Then satu lagi perangai dia lepas dia susu mulut tercungap-cungap nak susu macam tak puas.Bella suggest dekat suami bella bagi puting sebab mulut dia nampak macam tak puas susu.Tapi suami bella tak nak pakai puting yelah semua orang takut jika bayi jonggang kannnn.So bella ada baca satu posting ni dari facebook baby languange.Dia cakap sesetengah bayi memang perlukan puting untuk menenagkan dia.Bayi memang dalam perut dia hisap jari.Sama jugakla dengan pakai puting.Lepas tu lepas sebulan suami cakap belilah puting so bella pon macam yeah beli la.Bile beli memang dia nak puting! Dia diam dan rasa tenang bile dapat puting.Bile pakai puting dia bole tido sendiri.

Selepas sebulan bella decide ikut suami balik rumah kami.Kami perasan yang dia lagi senang tido di rumah kami berbanding rumah mak bella.Bella rasa disebabkan faktor panas.Macam dekat rumah mak pakai kipas syiling,Rumah kami pakai kipas stand so directly kene badan dan rasa sejuk sikit.Waktu malam pon kurang jaga.Jaga dalam 2 kali je.

Yang kitorang pelik masa rumah mak bella or rumah bella dia jenis susah tido dia suka tahan mata.Kadang dia boleh tahan mata sampai 4 jam siang tak tido tapi alhamdulillah malam senang tido.So tak dela letih sangat nak bangun malam.Masa pantang bella cuti so takpe la nak layan dia yang jenis susah tido.Husben pon macam kesian tengok saya yang asyik mengadu baby susah tido.Dia kate beli buai la.then bella macam risau jugak nak beli buai sebab takut susah nak kemana-mana.Nak tido mesti kene ada buai.Kalau tak ada buai tak nak tido.So bella cakap dengan suami ada setengah baby memang dalam pantang dia kuat meragam.Lepas pantang 2 bulan insyallah ok.Kita try tengok lepas 2 bulan adakah baby masih meragam nak tido atau tak.Dalam pantang bella boleh la tahan sebba anak sendiri lepas tu takkerja.Tapi nanti da kerja aak meragam nak hantar pengasuh macamana?Takut la engasuh stress dengan anak kita lepas tu dia buat hal dengan anak kita kan.

So lepas je pantang alhamdulillah dia memang senang tido.Tepuk pon tak payah kuat.So sesiapa yang ada masalah masa dalam pantang baby kuat nangis,kuat meragam,susah nak tido bersabarlah.2 bulan je insyallah lepas habis pantang dia elokla tu.Orang cakap dalam pantang ni proses dia nak kenal serasikan diri dia dengan dunia ni.Nak kenal dunia.Yelah 9 bulan kot duduk dalam Rahim yang sempit bile da keluar luasnya dunia ni.Eh sejuknya dalam Rahim panas je.Gitulah

Dia tak biasa dengan dunia ni.Mata dia pon tak Nampak lagi masa dalam umur 2 bulan.Tahu tak masa dia umur bawah 2 bulan dia hanya boleh Nampak hitam dan putih lepas tu jauh yang dia dia Nampak adalah bila kite bagi dia susu.Hanya jauh tu sahaja dia bole Nampak sangat terhad.Orang yang mampu tenangkan dia adalah ibu dia.Sebab 9 bulan dalam Rahim ibu kan diah boleh bau badan ibu dia.So ibu-ibu fahamilah anak anda,Kadang-kadang dia menangis tanpa arah tujuan dah bagi susu,dah dodoikan,dah periksa pampers,perut semua masih nangis.Ketahuilah dia hanya mahukan dakpan ibu untuk buat dia tenang...

Persediaan berpantang.

Harini mcm terfikir nak share pasal persediaan berpantang.Ape yang perlu buat dan barang ape yang kene beli

1.Stokin

Yang ni kene beli 5 helai la sehari satu stokin.Kalau nak beli 10 helai pon lagi ok.Siang pakai lain lepas tu mandi petang pakai lain.5 helai dah cukup da sebab duduk rumah je kan xpergi mana-mana.Wajib pakai jangan miss pakai tau sbb angin bole masuk ikut kaki.Bila lama- lama angin masuk ikut kaki nanti dia jadi lenguh atau bisa.Kita akan rasa mcm kaki kene cucuk.Cuba la buka stokin rasa bisa tak bisa kaki.Macam kene sengat!

2. Baju Lengan Panjang

Yang ni pon kene ada.5-10 helai.Siang dan malam ye kene pakai 24 jam wajib.Setiap hari kene pakai lengan panjang ye mommy tak boleh pakai lengan pendek.Bella memang banyak baju lengan Panjang so tak risau dan tak payah beli.Memandangkan masa bella pantang cuaca panas sangat dan rumah mak pon agak panas bella memilih pakai baju lengan panjang tapi yang jenis kain nipis.

3.Sweater

Ada setengah orang pakai sweater setiap hari.Tapi bella tak pakai setiap hari pakai lengan panjang je.Kalau keluar pegi klinik je pakai.Pakai sweater setiap hari panas gile.Pakai lengan panjang pon dah panas.Sweater mesti ada paling kurang sehelai incase kalua nak pergi hospital check kuning dan sebagainya.

4.Kain batik/Skirt/palazzo

Boleh pilih antara 3 ni nak pakai mana.Bella pakai semua sebabnya tak reti pakai kain batik.Kadang-kadang je pakai tapi lagi elokkk pakai kain batik sebenarnya sbb dia kan ketat so dia jaga kaki kite dari jalan kankang and then kite punya bawah tuttt tu ketat elok je.

5.Getah rambut

Ni pon nak masuk sekali ke?mestilah wajib ikat kepala tinggi beli lebih sikit beli la 6 getah rambut kadang ikat satu tak kuat kene taruk 2-3 getah baru ketat.Sbnrnya angin kat kepala paling banyak sbb tu kene ikat ketat-ketat bagi angin tu keluar lebih kurang mcm tu la kaedahnya.

Barang berpantang

1.Bengkung
Beli dua helai sekurang-kurangnya sebab nanti nak pakai sebulan kalau beli satu,lepas t udah kepamk bau nk kene basuh kana??Lepas basuh nak pakai ape kan?? sekurangnya ada dua helai boleh ganti-ganti pakai.Bengkung tali lagi elok sbnrnya sbb kain dia tebal boleh elak angin masuk lagi satu dia ikat ketat2 kalau mcm bengkung moden dia ketat jugak tapi material dia nipis.

Panjang bengkung.Kalau boleh beli bengkung yang panjang sikit paras peha.Kebanyakan bengkung bila ukur paras peha tapi bila dah ikat dia paras atas punggung je.Bengkung ni kalau boleh paras peha lagi elok sebabnya dia jaga miss v kita supaya cantik je ketat balik.Elak kite jalan kankang.


2.Ubat perut
Biasa orang pakai param kan untuk perut bella xbeli pon semua tu sebab tak sempat nak beli baby dah lahir! haha rupanya nenek dan mak bella pon tak pakai pon semua tu diorang just lumur kapur+limau.Yang ni dia sama fungsi dengan param mengempiskan perut dan buang angin.Jimat pon jimat baru berapa hengget je kapur dan limau.

3.Pilis

Pilis memang wajib ada.?Yang ni biasa kan kita tengok orang bersalin tepek dekat dahi haa tulah namanya pilis. Orang lepas bersalin hilang banyak darah lepas je bersalin dia akan rasa pening pusing macam nak pitam, Lagi lagi 3 hari lepas bersalin. Bella dekat hospital tak pakai bende ni sbb ada org ckp tak payah bawak sbb nurse marah.Then balik je hospital rasa pening sangat-sangat bancuh pilis ni tepek kat dahi fuhh rasa sedap gile segar.Bella rekemen jenama air mancur. Leceh sikit la kene bancuh tapi memang terbaik. Bella ada try pilis jenis moden jenis krim jenama sari ayu.Tak berapa menyengat sangat la.Kalau jenis krim ni kalau masuk hospital or pergi klinik boleh la pakai sbb dia jenis krim lepas tu krim mcm putih.Pakai pon xnampak.

4.Tungku

Tungku ni kene ada guna setiap hari.Tungku ada bnyk jenis tungku,tungku tanah liat,batu sungai tungku besi.Setakat ni dah try tungku besi dan tungku tanah liat.Yang paling bagus tungku besi sebabnya tungku dia tajam kat hujung jadinya senang nak tolak peranakan naik atas.Lagi satu dia kalau panaskan memang lama panas dia berbanding tanah liat.Dari pengalaman bella la.

5.Set pantang

Set pantang lain macam jamu,air herba,ubat periuk bella xbeli pon dah bersalin baru beli.Tapi bella rekemen kan jamu nona roguy dia mahal sikit la tapi orang kata berbaloi dan bagus.Kalau tak mampu beli set loose phytonatal,teh herba nr,minyak herba nr tu pon da cukup dah.

Lain hari bella cite pasal set jamu ok.

Bye!





   

Tips beli barang baby

Assalamualaikum,

Harini rasa macam nak share tips sikit la beli barang baby murah.Sesiapa yang bakal menimamng cahaya mata tu kene bersiap sedia dari segi kewangan untuk menyambut kedatangan ahli baru new baby!

Bella as a new mom tak sabar sangat nak beli barang baby.Semua barang dia kecik cenonot comel sangat uolls.

Pertama
Sediakan list barang keperluan  baby

Yang ni boleh search barang dekat google atau tanya pada orang yang berpengalaman. Barang apa yang perlu dibeli dan tidak perlu. Mereka lebih mahir sebab dah berpengalaman.

Macam bella ramai cakap tak payah beli stroller dulu nanti baby baru lagi sebulan dua bukan boleh pakai pon. Bella just beli je even orang cakap tak payah beli dulu sebabnya sebelum ada anak ni la beli. Dah ada anak nanti leceh sikit nak survey .Stroller bukan murah dah orang lelaki ni kadang-kadang tak pandai nak shopping opss haha.

Kedua
Beli barang sebulan sekali

Well uolls mengandung 9 bulan dalam 9 bulan tu banyak masa kot nak beli barang baby sebulan sekali ok la kot. Lagipon barang baby ni agak mahal.Berdasarkan pengiraan bella cehhh total harga barang baby complete dalam RM3k termasuk barang besar macam baby cot, stroller dan car seat.

Orang cakap beli awal-awal jangan beli last minit nanti tak larat. Hmm bagi bella la kan ikut empunya badan. Ada setengah orang macam bella langsung tak ada alahan and now dah masuk 8 bulan masih kuat nak jalan Alhamdulillah.

Ketiga
Beli waktu jualan murah

Yang ni memang bella praktikkan. Dalam 9 bulan tu banyak masa nak beli barang .Tak perlu nak tergesa-gesa nak beli barang.Survey harga dulu then baru beli.Beli waktu jualan murah.Yang ni biasanya bella check dekat fb. Bila ada jualan murah kawan-kawan akan tag kita atau keluar dekat page viral.

Bella beli time waktu jualan murah.Bandingkan harga.Kalau murah bebenor silalah grab.Kalau tak murah silalah berambus haha.Contoh jualan murah yang bella beli adalah Sogo Baby Fair,Pureen Warehouse,Lazada 11.11.

Bagi yang tak tahu lazada 11.11 tu dimana shopping online famous dekat Malaysia ni buat sales.Tapi bukan semua barang.Ada certain barang kene compare harga sebelum dan selepas.Masa lazada 11.11 tu banyak barang sales yang bella beli.Almost RM200 tapi berbaloi-baloi uolls.Stroller RM199 sales RM169(orang belanja).Carseat RM129 sales RM99 guna coupon lazada 11% dapat carseat RM88 korang rasa boleh dapat ke carseat RM88 baru?Murah kan.Sheild Bag Batman ini untuk bag baby bawak travel.Harga asal RM139,sales RM119 free stroller bag.Guna coupon lazada 11% dapat harga RM109 je!! memang murah.Macamana nak dapat coupon??Korang kene belek-belek website lazada,then check banner satu-satu kadang-kadang diorang ada offer kupon dekat situ ataupon check fb lazada ada jugak diorg post kupon dekat page fb diorang.

Keempat
Beli barang second hand

Korang boleh check barang second hand dekat mudah.com,carousell.my,Facebook :group "perabot rumah terpakai.Kat situ diorang ada post barang-barang second hand la.Untuk baby pertama bella lagi prefer beli barang baru sebab anak pertama kan.Banyak habiskan duit dekat anak pertama bila dah anak kedua ketiga dan seterusnya hanya pakai balik.Kesian anak yang lain dapat barang terpakai.kahkah.

Untuk barang second hand bella beli baby cot dekat FB.Baby cot harga untuk yang baru agak mahal RM300++ nak murah beli kat ikea bawah RM150.Tapi yang dekat ikea tu dia tak ada penghadang yang boleh adjust level.So kami decide beli second hand.Takut nak beli mahal-mahal sebab ramai yang nasihat tak perlu beli baby cot sebab biasanya baby tak nak tido dalam tu.Baby nak tido bawah ketiak ibu hehe.Tapi bella cuba la ajar dia tido dalam baby cot. Lain baby lain ragam betul tak? Letak sebelah katil.Adjust level katil baby setaraf katil kita so baby tak rasa jauh sangat.

Kelima
Mintak sponsor

Ala-ala retis pulak kau kan nak mintak sponsor haha tak salah nak mintak sponsor dari sedara mara atau adik beradik.Setengah daripada diorang nak beli hadiah untuk baby kita yang baru lahir tapi tak tahu nak beli apa.So apa salahnya kita mudahkan mereka nak beli hadiah.Haha macam kami tak mintak pon depa sponsor just cakap nanti baby nak hadiah dari uncle dan untie.Alhamdulilah untuk 1st baby ni abang ipar sponsor stroller. Jimat duit kami hehe.

Keenam
Barang recycle.

Kalau korang ada adik beradik or sedara mara yang rasanya dah stop planning anak bolehlah korang merisik khabar kalau-kalau ada baju baby atau barang-barang baby lain yang dah tak pakai ada tak yang nak letgo pada korang. Biasanya orang akan bagi baju baby. Tengok rezeki. Kalau ada rezeki ada yang akan letgo atau beri korang stroller,carseat atau baby cot.Macam bella anak sulung.Tak ada lagi kakak atau abang yang ada anak so tak tau nak mintak kat sape. Makcik2 bella pon dah lama da stop planning so dorang dah bagi dekat kawan-kawan diorang. Nenek bella masih lagi simpan tungku.So bella pinjam tungku dia.Nak beli agak mahal la tungu RM80 sekali sarung.Berpantang bukan lama pon sebulan dua je.Rasa membazir pulak kalau beli.Baik pinjam je dekat kawan,jiran or sedara mara.

Ketujuh
Baju jangan beli banyak-banyak or beli saiz besar terus sebab baby cepat besar

Korang pernah tak dengar bende ni?haha bella selalu jugak orang nasihat macam ni.So bella pon macam terfikir la nak beli yang besar terus 3-6 tak payah beli 0-3.Lepastu bella  tanya la encik suami macamana?So dia kata takpelah beli je baby kecik saiz newborn 0-3 kita tak tahu kan dia besar mana. Kalau kecik kesian pakai baju besar. Takpelah baju boleh simpan.Untuk anak seterusnya. Adik-adik dia boleh pakai hehe. Ok so bella pon ikutla cakap suami. Tapi tak ada la beli banyak pon.dalam 10 helai sahaja.Cukup la basuh pakai-basuh pakai.Kalau tak muat dah beli baju lain.

Kelapan
Car seat dan Stoller perlukah beli?
Bagi bella la perlu beli.Macam Car seat perlu sangat-sangat untuk keselamatan baby.Bella rancang nak ajar baby duduk dalam car seat.Selamat la sikit dari kita pangku dia.Lagi satu memudahkan tak perlu nak pangku berjam-jam dan lagi satu memudahkan bila kita memandu seorang diri dengan bayi.

Stroller bukan la satu keperluan sebabnya kita hanya pakai stroller bila pergi shopping mall je.Kalau pegi pasar malam,or downtown tak digalakkan kan bawak la sebabnya ramai orang kesian orang lain kene beri laluan kat kita sebab stroller kan besar.Tapi kami suka beli je stroller sebab memang selalu pegi mall atleast sebulan sekali.Lepas tu pergi beli barang dapur pon boleh je bawak.Kalau dukung kesian baby kalau tido.Kalau ada stroller atleast selesa sikit la tido.Stroller ni kalau kita rasa baby dah tak nak pakai jual je dekat orang lain yang lebih memerlukan atau offer dekat jiran kalau-kalau diorang nak guna just pinjam je tak payah beli.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...