Assalamualaikum,
Harini rasa macam nak share tips sikit la beli barang baby murah.Sesiapa yang bakal menimamng cahaya mata tu kene bersiap sedia dari segi kewangan untuk menyambut kedatangan ahli baru new baby!
Bella as a new mom tak sabar sangat nak beli barang baby.Semua barang dia kecik cenonot comel sangat uolls.
Pertama
Sediakan list barang keperluan baby
Yang ni boleh search barang dekat google atau tanya pada orang yang berpengalaman. Barang apa yang perlu dibeli dan tidak perlu. Mereka lebih mahir sebab dah berpengalaman.
Macam bella ramai cakap tak payah beli stroller dulu nanti baby baru lagi sebulan dua bukan boleh pakai pon. Bella just beli je even orang cakap tak payah beli dulu sebabnya sebelum ada anak ni la beli. Dah ada anak nanti leceh sikit nak survey .Stroller bukan murah dah orang lelaki ni kadang-kadang tak pandai nak shopping opss haha.
Kedua
Beli barang sebulan sekali
Well uolls mengandung 9 bulan dalam 9 bulan tu banyak masa kot nak beli barang baby sebulan sekali ok la kot. Lagipon barang baby ni agak mahal.Berdasarkan pengiraan bella cehhh total harga barang baby complete dalam RM3k termasuk barang besar macam baby cot, stroller dan car seat.
Orang cakap beli awal-awal jangan beli last minit nanti tak larat. Hmm bagi bella la kan ikut empunya badan. Ada setengah orang macam bella langsung tak ada alahan and now dah masuk 8 bulan masih kuat nak jalan Alhamdulillah.
Ketiga
Beli waktu jualan murah
Yang ni memang bella praktikkan. Dalam 9 bulan tu banyak masa nak beli barang .Tak perlu nak tergesa-gesa nak beli barang.Survey harga dulu then baru beli.Beli waktu jualan murah.Yang ni biasanya bella check dekat fb. Bila ada jualan murah kawan-kawan akan tag kita atau keluar dekat page viral.
Bella beli time waktu jualan murah.Bandingkan harga.Kalau murah bebenor silalah grab.Kalau tak murah silalah berambus haha.Contoh jualan murah yang bella beli adalah Sogo Baby Fair,Pureen Warehouse,Lazada 11.11.
Bagi yang tak tahu lazada 11.11 tu dimana shopping online famous dekat Malaysia ni buat sales.Tapi bukan semua barang.Ada certain barang kene compare harga sebelum dan selepas.Masa lazada 11.11 tu banyak barang sales yang bella beli.Almost RM200 tapi berbaloi-baloi uolls.Stroller RM199 sales RM169(orang belanja).Carseat RM129 sales RM99 guna coupon lazada 11% dapat carseat RM88 korang rasa boleh dapat ke carseat RM88 baru?Murah kan.Sheild Bag Batman ini untuk bag baby bawak travel.Harga asal RM139,sales RM119 free stroller bag.Guna coupon lazada 11% dapat harga RM109 je!! memang murah.Macamana nak dapat coupon??Korang kene belek-belek website lazada,then check banner satu-satu kadang-kadang diorang ada offer kupon dekat situ ataupon check fb lazada ada jugak diorg post kupon dekat page fb diorang.
Keempat
Beli barang second hand
Korang boleh check barang second hand dekat mudah.com,carousell.my,Facebook :group "perabot rumah terpakai.Kat situ diorang ada post barang-barang second hand la.Untuk baby pertama bella lagi prefer beli barang baru sebab anak pertama kan.Banyak habiskan duit dekat anak pertama bila dah anak kedua ketiga dan seterusnya hanya pakai balik.Kesian anak yang lain dapat barang terpakai.kahkah.
Untuk barang second hand bella beli baby cot dekat FB.Baby cot harga untuk yang baru agak mahal RM300++ nak murah beli kat ikea bawah RM150.Tapi yang dekat ikea tu dia tak ada penghadang yang boleh adjust level.So kami decide beli second hand.Takut nak beli mahal-mahal sebab ramai yang nasihat tak perlu beli baby cot sebab biasanya baby tak nak tido dalam tu.Baby nak tido bawah ketiak ibu hehe.Tapi bella cuba la ajar dia tido dalam baby cot. Lain baby lain ragam betul tak? Letak sebelah katil.Adjust level katil baby setaraf katil kita so baby tak rasa jauh sangat.
Kelima
Mintak sponsor
Ala-ala retis pulak kau kan nak mintak sponsor haha tak salah nak mintak sponsor dari sedara mara atau adik beradik.Setengah daripada diorang nak beli hadiah untuk baby kita yang baru lahir tapi tak tahu nak beli apa.So apa salahnya kita mudahkan mereka nak beli hadiah.Haha macam kami tak mintak pon depa sponsor just cakap nanti baby nak hadiah dari uncle dan untie.Alhamdulilah untuk 1st baby ni abang ipar sponsor stroller. Jimat duit kami hehe.
Keenam
Barang recycle.
Kalau korang ada adik beradik or sedara mara yang rasanya dah stop planning anak bolehlah korang merisik khabar kalau-kalau ada baju baby atau barang-barang baby lain yang dah tak pakai ada tak yang nak letgo pada korang. Biasanya orang akan bagi baju baby. Tengok rezeki. Kalau ada rezeki ada yang akan letgo atau beri korang stroller,carseat atau baby cot.Macam bella anak sulung.Tak ada lagi kakak atau abang yang ada anak so tak tau nak mintak kat sape. Makcik2 bella pon dah lama da stop planning so dorang dah bagi dekat kawan-kawan diorang. Nenek bella masih lagi simpan tungku.So bella pinjam tungku dia.Nak beli agak mahal la tungu RM80 sekali sarung.Berpantang bukan lama pon sebulan dua je.Rasa membazir pulak kalau beli.Baik pinjam je dekat kawan,jiran or sedara mara.
Ketujuh
Baju jangan beli banyak-banyak or beli saiz besar terus sebab baby cepat besar
Korang pernah tak dengar bende ni?haha bella selalu jugak orang nasihat macam ni.So bella pon macam terfikir la nak beli yang besar terus 3-6 tak payah beli 0-3.Lepastu bella tanya la encik suami macamana?So dia kata takpelah beli je baby kecik saiz newborn 0-3 kita tak tahu kan dia besar mana. Kalau kecik kesian pakai baju besar. Takpelah baju boleh simpan.Untuk anak seterusnya. Adik-adik dia boleh pakai hehe. Ok so bella pon ikutla cakap suami. Tapi tak ada la beli banyak pon.dalam 10 helai sahaja.Cukup la basuh pakai-basuh pakai.Kalau tak muat dah beli baju lain.
Kelapan
Car seat dan Stoller perlukah beli?
Bagi bella la perlu beli.Macam Car seat perlu sangat-sangat untuk keselamatan baby.Bella rancang nak ajar baby duduk dalam car seat.Selamat la sikit dari kita pangku dia.Lagi satu memudahkan tak perlu nak pangku berjam-jam dan lagi satu memudahkan bila kita memandu seorang diri dengan bayi.
Stroller bukan la satu keperluan sebabnya kita hanya pakai stroller bila pergi shopping mall je.Kalau pegi pasar malam,or downtown tak digalakkan kan bawak la sebabnya ramai orang kesian orang lain kene beri laluan kat kita sebab stroller kan besar.Tapi kami suka beli je stroller sebab memang selalu pegi mall atleast sebulan sekali.Lepas tu pergi beli barang dapur pon boleh je bawak.Kalau dukung kesian baby kalau tido.Kalau ada stroller atleast selesa sikit la tido.Stroller ni kalau kita rasa baby dah tak nak pakai jual je dekat orang lain yang lebih memerlukan atau offer dekat jiran kalau-kalau diorang nak guna just pinjam je tak payah beli.
No comments:
Post a Comment