cursors

Makanan Waktu Kecil Yang Di ingati

Makanan waktu kecil.. hurmm bila diimbas kembali sebenarnya banyak benda yang terjadi waktu bella kecil bella ingat sampai sekarang  hebat tak?? dabik dada ngrrrrr.Bila sebut tentang makanan bella terkenang satu makanan ni.Bella tak ingat waktu bila bella makan yang pasti masa kecik la around tadika or darjah 1 macam tu sebab masa tu bella kecik lagi dan mama selalu hantar bella dekat rumah nenek.






Ada sekali tu bella ingat lagi masa tu nenek tinggal di selayang tapi kampung nenek dia tanjong karang selalu jugak la nenek pergi tanjung karang lawat sedara mara dia.Then ada la satu hari ni kalau tak silap waktu pagi,nenek bawak bella pergi jalan-jalan singgah rumah kawan dia dekat kampung tu jugak la,pastu kawan nenek bagi bella makan pulut ikan masin.Waktu tu yelah kita kecik lagi so makan jelah apa yang orang bagi,waktu tu memang bella makan hurm memang sedap!sampai sekarang tak leh lupa rasa dia.Padahal dah lama gile tak rasa.Dah dekat 20 tahun tak merasa makanan yang lazat ni.

Teringin nak rasa lagi.Tapi mana nak dapat?sekarang ni restoran semua makanan western tak pon lauk melayu biasa yang kita makan dekat rumah.Tapi bak kate omputih ~Home sweet Home makan mana-mana masakan rumah jugak terbaik.Mana nak dapat ek?   :( kalau buat sendiri mesti tak sedap hahaha


1 comment:

aniswany said...

makanan ala2 homemade nenek2 nih mmg ssh nak dapat skang nih..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...