cursors

Tips Travel Bandung Cara Jimat

Bella dah tau ramai yang share tips ke bandung tapi bella nak share dari pengalaman bella

Bella nak share untuk korang yang travel kurang dari 4 orang macam bella pergi 3 orang je.So kos mahal sikit


Persiapan Sebelum Ke Bandung

Passport
Passport ni wajib tau .Nak pergi negara orang check ejaan passport betul-betul. Check sebulan sebelum jangan seminggu sebelum baru nak check. Check tarikh luput. Sekurang-kurangnya 8 bulan sebelum.

1.Buat salinan passport Photostat masukkan dalam bag dan purse.
2.Scan dan hantar dalam email
3.Tangkap gambar depan passport.

Incase apa-apa jadi di negara orang.

IC
Tak payah bawak pon tak apa kalau hilang kat negara orang nayaa. Korang just buat macam kat atas ni.photostat,scan,tangkap gambar.Incase kalau kene rompak korang ada bukti korang orang Malaysia ada ic.

Powerbank
Kalau naik Air Asia hanya boleh bawak 10,000mAH je.Tak boleh bawak lebih dari tu.Korang bawak la.Sebab kat sana korang kan guna banyak internet.Bila banyak guna internet habis bateri.Powerbank ni  back up korang kalau bateri habis. Sangat berguna.

Kamera
Better korang bawak kamera digital la senang. Setengah orang suka pakai camera phone je. Tapi susah la pakai camera phone bateri habis leceh. Kalau nak bawak camera DSLR pon boleh tapi berat la nak bawak ke hulu kehilir. Lagi satu bahaya  dekat negara orang takut kene rompak pulak. Better korang bawak kamera digital atau gopro senang nak bawak.

Adapter
Korang bawak siap-siap international adapter. Macam kitorang hotel dah sediakan so tak ada masalah. Plug dekat sana lain dengan Malaysia. Beli je dari Malaysia.

Sim Card
1.Tempat beli sim card
Ada di antara blogger cakap boleh beli sim card di airport bandung tapi bella tak jumpa pulak.So kitorang beli sim card area hotel kitorang di bandung.Tak pon keluar je dari airport korang mintak la driver teksi tu bawak korang beli sim card sekejap ye.

Lepas beli tu kawan bella cakap kalau dekat Malaysia lagi murah RM10 je dekat chow kit.So uolls belilah di chow kit ye murah.

2.Beli simcard sorang satu wajib

Macam bella buat hotspot dengan member susah sikit la kadang-kadang member bateri cepat habis so tak boleh nak on data selalu. Eventhough korang pegi ramai-ramai alah diorang ada simcard tak apala boleh share. No beli je incase kalau korang nak nak WhatsApp family or sedara. Wajib! alah RM15 je tak yah berkira sangat.

3.Buat airplane mode.
Bila kita bukak data dia takkan charges international charges. International charges sangat mahal boleh cecah RM1000.Better sampai je Indonesia buat airplane mode. Atau dalam flight buat siap-siap buat airplane mode.Dah sampai tak payah tukar.

Pakaian.

Korang tak payah la bawak baju banyak-banyak kat sana nanti serius bag korang beranak. Nasihat korang just bawak

1. 2 helai baju .
Dua helai dah cukup .Then korang beli la baju I love bandung RM6 je uolls beli banyak-banyak pon tak apa RM6 je..

2. Seluar jeans sehelai

3. Seluar tido sehelai.
Tido pakai seluar yang sama. Alah tido je pon sapa nak tengok kita pakai seluar sama. Baju tido pon sama pakai baju tido yang sama 4 hari. Baju tido je pon busuk-busuk pon tido je pon..

4 .Pakai selipar.
Kasut tak payah la pakai yang bertutup pakai selipar je uolls korang akan banyak jalan.Macam kawan kitorang pakai kasut 2 hari berkepam kaki last-last macam ada cacar air.Bella pakai selipar relax je uolls.

Money Changer 

Money Changer tengok pada negeri tempat mana yang murah macam K.L Boleh usha tempat kat bawah

Area kl 
1.Mid Valley - Lower ground rate 3.06
2.Pavilion


Asingkan duit.

Kitorang plan ingat nak asingkan duit dalam envelope last-last tak buat uolls yang ni korang wajib buat tau. Kalau korang tak buat menyesal seumur hidup percayalah.

Asingkan

1.Duit makan.
 4 hari RM200 dah lebih dari cukup

2.Duit Supir
Sehari RM140 korang bahagi la dengan berape orang korang pergi share-share sorang keluar berapa   RM ataupon harini kau bayar esok member kau pulak bayar.

3.Duit parking,
Korang sediakan envolope kosong kat sana korang tukar duit kecik 2000rp dalam 10 keping sebab kalau supir singgah mana-mana mesti ada bayar parking 2000rp .even parking hotel pon kene jugak.

4.Duit Tiket Masuk.
Contoh masuk kawah putih,Farm House,Tangkupan Perahu,Floating Market.Macam kitorang pergi kawah putih dalam  35,000rp seorang korang survey la tiket masuk tempat lain. Macam kitorang pergi kawah putih je.

5.Duit Shopping.
Bawak Rm1000 pon dah cukup tak termasuk belanja lain.

Kalau korang tak asingkan duit ni kan duit shopping korang akan jadi tak cukup korang akan rasa sikit je korang shopping.

6.Duit Hotel.
Hotel sana ada yang murah keene pandai survey dekat online.Ada yang RM80 semalam.Macam kitorang book terus dari Malaysia transfer melalui kad kredit. Dah tak payah fikir nak bawak duit banyak-banyak pegi sana.

Pengeluaran Kad ATM Luar Negara.

Dekat bandung ada Maybank dengan CIMB seminggu sebelum flight korang activekan card. Manalah tahu kemungkinan:

1.Bag korang terlebih muatan kene denda.
2.Ada kawan order barang so boleh bank in je dekat CIMB atau Maybank
3.Emergency case duit kene curi atau sebagainya. So korang boleh mintak kawan-kawan atau family untuk transfer duit.

Download Application Money Converter
Actually trick nak kira duit indon ni korang kene bahagi 3 contoh 150,000rp so korang buang 000 belakang bahagi tiga so 150 bahagi 3= RM50 lebih kurang la.

So nak senang korang upload siap-siap money converter. Dekat Handphone.

Tapi bella lagiii galakkan korang print out list harga perbezaa harga rp dengan RM sennag sebab tah la bella rasa leceh la nak bukak handphone setiap kali .Lepas tu nak cari  pastu nak tekan angka ribu-ribu bila korang ada list tu korang just cari je daripada list tu.

Biarlah kantoi kita orang Malaysia.Haha diorang sekali tengok pon tahu kita orang Malaysia.Tak payah nak tipu warga tempatan konon nak dapat diskaun haha.

Hotel
Recommended survey hotel dari Malaysia Agoda, Booking, Trivago. Recomended book terus dan bayar terus dari melaysia melalui credit card. Kalau tak ada pinjam kawan-kawan atau bos. Pastu bayar la balik.

Bila dah sampai sana dah tak payah bawak duit bayar hotel cuci kaki je.

Recommended book hotel area "Jalan Cihampelas." Malam dia havoc. Macam Bukit Bintang. Ada deretan kedai yang bukak, kedai makan bersepah ,ATM dekat tepi jalan ada dalam CIWALK pon ada. Money changer ada,teksi,angkut berlambak.

Kalau stay pasar baru pukul 5 kedai dah tutup.

Jalan Riau/Jalan Dago kedai still bukak tapi kedai antara kedai jauh sikit penat nak berjalan. Kalau Cihampelas kedai rapat-rapat. Malam sunyi tak semeriah dekat jalan cihampelas.

Semasa Di Bandung

Teksi

Keluar je dari airport cari teksi Blue Bird price range ke hotel kurang dari 80,000rp kalau diorang bukak harga lebih dari tu belah je jangan dilayan sebabnya dari airport nak ke pasar baru,jalan Riau,Dago,Jalan cihampelas jarak dia tak jauh pon dalam 15 minit.Tapi dia caj kita RM50?? Tak berbaloi kan.Bella sendiri dah terkena dengan kereta sapu aka avanza haram dia caj bella 150.000rp RM45.

Tips :

1.Cari teksi blue bird.Depan airport dah boleh nampak
2.Tanya kalau pakai meter. Teksi ni memang pakai meter dan trusted.
3.Biasa harga dalam 50,000rp-80,000 sahaja.Dalam lingkungan RM15-RM20 je.

Simpan duit ditempat berlainan

Incase kalau korang bawak duit banyak takut kene rompak atleast kita ada duit spare.Jangan simpan satu tempat sahaja.

Simpan sikit dalam:

1.Bag.
2.Poket.
3.Hotel.Biasanya hotel ada sediakan safety money box.
4.Secret pocket. Stokin dan lain-lain korang fikir la tempat strategic nak simpan duit ye.

Insyallah bandung selamat.Tanya supir dia kate tak banyak sangat jenayah.

Tempat menarik di bandung
1.Dusun Bambu
2.Kawah Putih
3.Farm House
4.Floating Market
5.Toko Tiga
6.Pasar Baru

Supir 
Kalau korang pergi dalam group yang ramai 4 orang dan keatas better naik supir tak mahal sehari RM140-RM150 normal price. Seorang baru RM37(sehari) kalau 3 hari baru RM111.

Recommended Kiki Bandoeng
Dia ada group supir thats means dia ada lebih dari 4 kereta dan ada lebih 4 driver pilihlah kereta apa korang nak kereta kecik besar,kereta avanza just request. Kalau korang dalam group yang ramai pon boleh book diorang sebab diorang ada banyak kereta.

Kalau bawak baby tak payah bawak stroller diorang ada sediakan.

Kalau guna supir ni shopping dioang akan bawakkan barang. Tak payah nak angkut bag shopping banyak-banyak.

Kalau kat pasar baru dia ada "Crew Kiki" krew ni akan bawak korang shopping so tak bazir masa nak cari kedai mana murah,kedai kain tingkat apa,kedai telekung tingkat brape.Crew ni akan bawak korang direct ke kedai tu.Korang just follow dan shopping je.


Routes Shopping Ala Backpaker

Ok ni adalah shopping list kitorang cover untuk sehari:

Pasar Baru > Jalan Riau >Jalan Dago > Cihampelas Walk.Satu hari perjalanan

9am-12pm - Pasar baru
12pm-1pm - Lunch
2pm-6pm - Jalan Riau
6pm-8pm - Jalan Dago

Kalau macam kitorang stay dekat jalan cihampelas dia tengah-tengah

Sebelah kiri - jalan dago dan jalan Riau.

Sebelah kanan - dari hotel menghala jalan pasar baru. So better pagi-pagi uolls pergi pasar baru dulu daripada hotel 15 minit je. Macam kitorang haritu naik angkut.Angkut yang kitorang tahan tu laluan dia bukan laluan pasar baru. Tapi dia nak hantar kitorang.So kitorang pon naik jela.50,000rp je untuk 3 orang tak mahal sangat la sorang dalam RM5 je 3 orang

Tips
Tahan la teksi dari Jalan Cihampelas ke Pasar Baru dalam 50,000rp.Perjalanan 15 minit je.Selesa sikit.

Daripada pasar baru > balik semula Jalan Cihampelas.Rate tak sure sebab kitorang tak balik hotel.Korang baliklah ke hotel semula letak barang shopping dulu sebab korang akan spend banyak dekat pasar baru.Lepas letak balik barang senang nak shopping tenpat lain. Kalau naik supir tak payah just letak dalam bonet terus pergi jalan.

Lepas tu makan la dulu area hotel. Lepas tu ambik la teksi ke jalan dago/Riau tak jauh dari hotel hanya 15 minit jugak .Ambik teksi biru pergi sana dalam 50,000rp RM15 je.Kalau tak jam.

Jalan Riau dan Jalan Dago sangat dekat dalam 2km je. Korang ambik angkut cakap nak ke Jalan Dago.Dia ada 2 routes korang cakap je nak ke FO dago.Mula-mula dia akan berhentikan korang dekat traffic light lepas korang nampak traffic light korang terus jalan ke kiri. traffic light tu tunggu angkut dekat lorong kiri.Macam kitorang pegi tu angkot dah memang dekat situ.So ambik angkut sampai FO Dago.

Daripada Dago tu banyak je FO. Korang jalan-jalan la sampai malam lepas tu naik angkut sampai jalan cihampelas.

Kitorang bayar angkut dari jalan Riau ke jalan cihampelas murah je dalam RM4 je tukar 2 kali angkut.

Untuk routes ni hanya spend RM60 je untuk 3 orang sorang dalam RM20 je untuk bayar teksi dan angkutan.Half price dari ambik supir.Tapi backpacker ni penat sikit la sebab nak kene tahan teksi,naik angkut lebih kurang naik bas dia takkan berentikan korang betul2 depan tempat korang.Korang kene jalan kaki sikit.

Kitorang saja je tak ambik supir untuk 1st day  ambik teksi dan angkut je.Nak merasa naik angkut.

Routes jalan-jalan

Day 1 
Kawah Putih > Strawberry Farm > Jalan Kapoo > Toko Tiga > Stone Cafe

Day 2 
Tangkupan Perahu > Floating Market > Farm House > Dusun Bambu

 
Shopping.
Macam bella ni perempuan kaki survey + kaki shoppping even kedai jual barang sama bella suka compare.Nonono tak payah korang just masuk je kedai tu beli kat situ. Majoriti harga sama. Kalau murah pon murah sikit la. Cuba mintak tawar.Insyallah boleh.

Masa terhad
Shopping dalam pasar baru kalau korang survey satu-satu kedai satu hari memang tak cukup kedai dia banyak tapi jual barang yang sama je.Pergi satu kedai je. Contoh ada 5 kedai telekung. Pergi satu je. Serius duduk dalam pasar baru 4 jam rasa macam 2 jam je.

1.Just masuk salah satu kedai .Jangan membazir masa pergi survey banyak-banyak kedai

2.Kalau korang pergi dengan supir mintak supir bawak terus ke kedai yang korang nak beli. Contoh korang nak bei telekung. Mintak tolong supir bawak terus kedai telekung. Tak membazir masa nak cari kedai.

3.Jangan habis masa banyak kat pasar baru.Buat list down barang apa nak beli terus keluar dari pasar baru. Banyak lagi tempat korang kene pergi.Makin lama duduk dalam tu makin banyak pulak ulat jual keychain,jual kopiah.Masa kitorang pergi ada 5 kalai orang dating jual kopiah serius rimas.Dah cakap dah beli paksa lagi.Siap ada yang pegang bahu.Hati-hati.

Barang yang wajib shopping 
   
1.Kain Cotton pasar baru bandung
4 meter RM35 design cantik-cantik

2.Kain sulam pasar baru bandung
3meter bidang 60 RM45

3.Telekung pasar baru bandung
Ada macam-macam design.Kain berkualiti.Alang-alang murah beli yang kualiti sikit.Beli telekung travel.Kalau kat Malaysia telekung jarang-jarang lagi satu nipis kat sana telekung travel banyak choices.Ada yang tak jarang kain pon tebal.Boleh jugak beli buat tukar-tukar telekung dekat rumah.Telekung travel tu buat souvenier pon okay dah.Tak mahal pon RM8 dah boleh dapat ikut kualiti.

4.Kain batik/Kain Pelikat pasar baru bandung
 Kalau borong banyak boleh dapat RM15, 50,000rp must buy batik dia berkualiti macam
 Malaysia punya kain nipis.Sana kain tebal dan bekualiti.Kain pelikat gajah duduk Rm15 je.

 5.Lace pasar baru bandung
 Separuh harga dari Malaysia.Banyak choice better korang survey dulu kat internet design lace tunjuk je kat diorang.Semua design diorang ada.Prada,French Lace.

6.Kain satin pasar baru bandung
Kalau nak buat baju kawin untuk family kain satin RM7 je.Tapi kalau nak berkualiti  sikit ada RM10.
     
7.Jubah pasar baru bandung
Jubah sana cantik-cantik design sulam kan.Bolehlah bawak balik hadiah untuk mak atau ayah yang nak pergi ke umrah .

8.Luggage pasar baru bandung
Kalau uolls dah shopping banyak tu belilah luggage kat sana.Kitorang beli luggage sederhana.Jenis cover tebal RM120 je.Kat Malaysia saiz tu RM120 tak dapat.Yang kecik dapat la.Tap puas hati dengan kualiti dia.Bella pegi dekat Times Square tengok harga luggage lebih kurang macam bandung tapi bila tekan lembik.Bandung punya bag tak.Bag kualiti.Kakau korang pergi dengan supir dirang kan suggest korang beli dekat terminal tas nonono terminal tas mahal.Beli dekat pasar baru je uolls dekat aras bawah.

9.Pakaian lelaki.
Kalau tengok senarai dekat atas tu banyak barang perempuan je kan. Actually barang lelaki kat sana lagi banyak.Try pergi Jalan Riau dan jalan dago actually riau dan dago ni sebelah-sebelah je.Baju murah-murah

1.Tshirt character macam ironman,superman boleh dapat harga RM25 jalan riau/jalan dago
2.Polo T factory outlet macam ferrari,polo boleh dapat dalam harga RM40-RM60 jalan riau/jalan dago
3.Jeans original Levis  price range bawah  RM200 Toko 3
4.Kemeja lelaki RM45-RM50 jalan riau/jalan
5.Jalan Cihampelas Walk-Tepi-tepi tu jalan banyak kedai jual baru character.Harga tak survey sangat just cuci mata.

10.Brownies
Haritu beli satu je sebab berat nak bawak balik. Last-last menyesal beli satu sebab sedappppp sangat.Amanda Brownies & Kartika Sari.Kartika Sari famous tapi brownies cepat habis.Better pergi Amanda Brownies brownies dia lebih kurang je.


Ulat jual.
Dekat dalam pasar baru serius banyak ulat jual keychain dengan kopiah walaupon kita dah cakap kita dah beli diorang akan pujuk jugak.Ada sekali tu siap pegang bahu ,So korang buat-buat la busy dengan kawan-kawan uolls contoh "Eh mak awak order kain ni kan?Cantik tak kain ni?Cantik kan belilah untuk mak awak mesti dia suka blablabla  slow-slow dia kan belah dari situ.


Makanan wajib cuba.

Memandangkan kami tak banyak hari dekat bandung tak sempat nak cuba banyak makanan

1.Nasi Timbel- Nasi dia wangi bungkus dengan daun pisang ada ayam goreng,tempe tahu dan sambal
2.Bakso -bakso dia lain dari malaysia rempah dia lagi banyak sedap
3.Pisang cheese.Lain dari malaysia diorang tak goreng dengan tepung diorang goreng dgn planta je.
4.Aiskrim Durian.Murah RM3 ada seulas durian dan aiskrim 1 scoop.
5.Makanan Sunda- Kebanyakan sambal.Semua sambal kering.
6.Makanan Padang- Wajib cuba! Lebih kurang macam makan melayu ada kuah.Diorang akan hidang banyak2 lauk.Just pilih mana yang korang nak rasa je.Kitorang makan makanan padang 3 orang RM50 not bad tak mahal sangat.
7.The stone cafe.
-Serve nasi goreng dan western.
-View menghadap town bandung.
-Tempat sejuk atas bukit.
- Ada live band nyanyi lagu malaysia.
-Weekend buka until 12 malam.
-Weekday buka sampai 9 malam


Pulang dari Bandung

Bag
Macam hotel kitorang dia dah survey dia ada sediakan penimbang berat untuk bag so tak payah bawak penimbang bag untuk timbang berat bag.Malam sebelum balik kitorang pack siap-siap dalam bag.Timbang dekat lobby hotel.Punyala cuak takut lebih muatan.Macam kitorang beli baggage dengan Air Asia RM60 untuk 20kg.Kalau korang timbang dekat airport berat terlebih dari luggage korang beli.Korang kene denda mahal dalam RM100++

Incase malam sebelum flight korang timbang berat terlebih korang jangan gabra.

1.Bukak websites Air Asia korang add on luggage.Korang boleh add on sejam sebelum flight.


Tips

1. Jangan letak barang yang sama dalam satu bag.

Kalau korang beli barang yang kene tax banyak contoh kain pasang 10 helai ,kain batik 10 helai telekung 10 helai .Make sure korang jangan letak tempat yang sama.Letak dekat bag kawan sikit ataupon kalau bawak dua bag letak bag ni sikit bag lagi satu sikit pandai-pandai.Kalau setakat beli kain batik 3 helai no hal.Kalau beli 10 helai pandai-pandai la cover.Nanti kene tax.

2.Lipat baju gulung-gulung

Macam kitorang beli banyak baju tshirt.Korang kene bukak palstik satu-satu lepas tu gulung-gulung la baju tu.Jimat space satu lagi dia nampak macam baju korang bawak.Bukan baju beli.Sebab dah tak ada plastic dan gulung-gulung lagi.

Biasanya dorang kan check bag luggage.Backpack deuter diorang tak check sangat.Kalau terlebih berat korang beratkan dekat bag yang dibawa ke kabin. Diorang tak check berat pon. Diorang cakap je maximum 7 kg tapi diorang tak check pon.

Diorang hanya akan check bag yang korang bayar baggage contoh 20kg.

Masa balik dari kastam diorang tak check pon bag yang korang bawak masuk kabin.Diorang akan check bag korang yang korang bayar je.Yang ada tag.


Teksi dari hotel ke airport
Memandangkan flight kami pagi pukul 8 pagi jadinya kami risau la kalau lambat ke airport sebab air asia biasanya akan suruh standby 3 jam sebelum. So 3 jam sebelum pukul 5 kitorang kene gerak.

Kitorang fikir mana nak dapat teksi pagi-pagi? Kitorang tanya dekat supir dia cakap teksi blue bird ada je yang 24 jam.

Lagi satu depan hotel kitorang ada je teksi yang standby,Pukul 5 pagi tu ada je dekat depan hotel kitorang belambak .Fuhh lega. So kitorang pagi-pagi tu tak book teksi pon. Just tahan teksi depan hotel.

Incase kalau korang takut tak ada teksi pagi-pagi korang mintak nombor teksi dekat receptionist hotel ok. Diorang mesti ada contact number teksi.


Duit Tax
Pernah survey dekat google review blogger rata-rata survey diorang semua save duit bandung sikit untuk bayar tax dekat bandung tapi sekarangDAH TAK ADA .Kitorang dah siap-siap simpan tepi dah. Bila tanya balik dengan pemandu teksi diorang cakap dah tak ada aiport tax bandung ceh penat je simpan.

Duit Bandung
Kalau masa korang nak balik tu korang tengok duit rupiah korang masih banyak. Korang bagi lah tips sikit dekat supir. Duit rupiah kertas bawah 100000rp money changer Malaysia tak terima ok burn macam tula. Dekat airport Bandung lepas arrival tu ada booth jual brownies korang habiskan la duit rupiah korang beli brownies ye.

Duit tu nak buat kenangan pon boleh hehe


Airport Bandung.

1.Standy 1 jam sebelum.

Kitorang flight pagi.Selalunya Air Asia akan suruh standby 3 jam sebelum so kalau uolls flight pagi pukul 8 tak usah la standby 3 jam sebelum.Membazir masa.Macam Malaysia airport dia besar,Nak jalan pergi ke arrival pon ambik masa setengah jam.

Airport bandung kecik je uolls.Dari hotel ke airport 15minit je tak jauh sangat.Lepas tu nak pergi ke arrival just naik satu eskeletor jlan tak samapi 5 init dah sampai arrival.

2.Makan siap-siap dekat hotel atau turun dari teksi terus beli makanan dekat food court luar airport

Dekat airport bandung tak ada food court dalam airport.Foodcourt dekat luar

Serius pagi tu kitorang mati kutu nak lepak minum pagi food court dekat luar airport.Kitorang dah scan badan mana boleh keluar balik

Atleast la nasihat bella korang breakfast dulu kat hotel then baru pergi airport. Airport kecik takde banyak sit ada 15 sit je kot dekat kaunter. 3 jam berdiri takde tempat duduk menunggu. Macam kitorang berdiri je la dekat kaunter sebelum check dekat arrival. Arival boleh masuk 45 minit sebelum.Lepas Arrival tu baru ada banyak tempat duduk.


Ringkasan(boleh copy dan paste dekat word print as reference)

Barang-barang perlu bawa
1.Passport
2.Adapter
3.Powerbank
4.2 helai tshirt,1 helai seluar,1 jeans,1 selipar

Tempat perlu pergi

Day 1
Pasar Baru>Jalan Riau>Jalan Dago

Day 2
Kawah Putih >Strawberry Farm>Jalan Kapo>Toko 3

Day 3

Makanan patut cuba
Makanan Sunda
Makanan Padang
Batagor
Bakso
Aiskrim Durian
Pisang Cheese

Barang shopping
Kain pasang sulam/Kain pasang cotton
Kain batik/Kain pelikat
Telekung
Jubah
Tshirt Bandung
Keychain Bandung


Ringkasan Bajet

Hotel RM500 4 hari 3 malam(boleh dapat lagi murah) Book &Bayar 6 bulan sebelum
Flight Ticket RM250 per person (Air Asia) exclude insurance,baggage from Malaysia,Booking sit.
Supir RM140-RM150 sehari.
Shopping RM1000
Makan RM100 ++ 4 hari











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...