cursors

Cara Kumpul duit kahwin bagi gaji RM1500

Assalamualikum semua..

Tahun ni ramai la yang bakal melangsungkan perkahwinan. Ramai jugak yang pening macam mana nak kumpul duit kahwin kan?

So kat sini bella nak bagi tips la macamana nak kumpul duit kahwin dengan gaji serendah RM1500 insyallah boleh yang penting korang kenelah set dalam kepala nak simpan duit.

1.Asingkan duit.

Korang dapat je gaji korang keluarkan semua gaji korang siap-siap. Then korang beli sampul surat then asingkan mengikut kategori

1.Makan-RM100 (sehari RM5 x 20 hari)
2.Parent-RM200
3.Transport-RM80 (Naik train RM4 x 20)
4.Top up-RM30 (beli untuk sebulan)
 Total RM410

So lepas tolak duit gaji RM1500-RM410 = RM1090 sebulan simpan la RM800 lagi RM200 simpan buat emergency.(servis kenderaan,sakit,etc)

Duit emergency pon boleh digunakan untuk bayar road tax/insurance kenderaan.RM200 x 12 = RM2400 just simpan untuk emergency

Simpanan kahwin > RM800 sebulan x 12 bulan= RM9600 setahun!

Kalau hantaran pihak perempuan RM10k just top up RM400 je.

Dari list tu banyak korang boleh jimat lagi antaranya

-bawak bekal dari rumah save duit makan untuk hari tu
-naik public transport/motor
-kurangkan beli rokok
-kurangkan hiburan di luar (lepak mamak,tengok wayang,shopping)


2.Jual produk online

Korang nak kawin ni mesti nak pakai duit banyak kan, ada yang bagi alasan tak ada modal la, tak ada duit la, zaman moden ni tiada yang mustahil. Korang boleh buat bisnes online tanpa modal. Caranya buat dropship.

Korang jual barang orang lain then korang dapatlah komisyen. Contoh dropship tudung supplier bagi harga RM8.Try promote kat fb mark up harga dalam RM12-RM15.Rajinkan diri promote di media sosial facebook atau instagram. Tak susah pon hanya perlu post ayat then publish. Kalau ada orang yang order, korang hanya minta pelanggan bank in duit then korang inform pada supplier untuk pos barang.Korang tak perlu simpan dan post barang.Dari situ ada dah dapat komisyen.

Jangan pulak makan untung ye,bella pon kadang-kadang terrrmakan untung.So untung tu korang masuk dalam tabung to be save la kan.

Jangan give up kalau sebulan korang post tak ada orang yang beli. Bella pon macam tu selalu post kat fb takde orang pon yang beli serius give up tapi bella teruskan bulan kedua adalah sorang beli masuk bulan ketiga and ke empat sales naik sikit la. Mungkin rezeki kahwin Allah nak bagi :)


4.Keje part time

Time ni la korang nak buat keje part time pulun cari duit. Kalau korang keje isnin-jumaat office hour korang buat la weekend sabtu ahad. Daripada korang duduk rilex sabtu ahad baik korang buat part time, kurang-kurang dapatlah duit lebih boleh la top up duit kahwin.

Antara keje yang bella suggest

1.F&B Food and beverages

Kerja part time dekat kedai makan, fast food. Selalunya F&B memang nak pakai staff time weekend.Korang walk in je dekat mana-mana branch Tanya nak pakai staff tak hujung minggu?Biasanya memang banyak nak pakai staff.Kerja ikut jam range antara RM5-RM8.Ada setengah orang malu la nak keje sana,penat la apelah,perlu diingatkan duit takkan datang dari langit.Kalau korang tak ada duit korang ingat ada orang nak tolong?Orang lain pon nak pakai duit please avoid pinjam meminjam. Once korang lupa nak bayar menjawab la dekat akhirat esok.

2.Freelance

Kalau korang ada minat or ada bakat dalam sesuatu pekerjaan korang buat part time. Contoh korang ada bakat make up,photograher,wiring,IT apa kata korang buat part time, promote dekat fb or kawan-kawan yang nak pakai service ni.

3.Part time cleaning

Kalau korang tak tahu sangat nak buat part time ape kan korang try la buat cleaning service satu hari boleh dapat RM50-RM100 korang try maideasy.com atau kaodim.com untuk daftar jadi part time cleaner.


4.Part time teksi/uber

Bagi lelaki pulak kalau korang tak tahu nak buat part time ape korang cuba buat part time bawak teksi or uber car.Boleh jugak cari duit poket sikit.


5. Melabur dalam ASB
   
Join ASB RM100k bulanan RM500++ selepas setahun dapat RM8000 guna duit tu untuk belanja
kahwin tapi perlu diingatkan fikir sedalam-dalamnya sebab perlu commitment dalam masa 5 tahun
Perlu get ready sebarang kemungkinan.

Ini antara tips yang bella boleh kongsikan sebenarnya banyak lagi cara nak kumpul duit kahwin dengan gaji RM1500 perlu rajin cari duit sampingan untuk tamping kos perkahwinan.

My advise:

1.Jangan bebankan ibu dan bapa

Ada setengah tu sanggup bergolok gadai duit tanah dan duit kwsp ibu bapa. Kesian kepada mereka. Berkerja keras siang malam akhirnya yang menghabiskan duit adalah kita. Jangan susahkan mereka. Biarkan mereka enjoy dengan duit mereka pergi haji atau melancong.

Usaha dapatkan duit dahulu jika tidak cukup minta mereka tolong top up sikit-sikit cukuplah mereka dah tanggung kamu dari kecil sehingga dewasa. Masa nak kahwin pon sanggup korang nak bebankan mereka ? Siapa yang nak kahwin korang atau ibu bapa korang? Lepas kahwin hantar cucu untuk diasuh pada mereka.Sampai bila mereka nak tenang?

2.Bila kita nak dirikan rumah tangga Allah akan tolong percaya la. Doa padanya dimurahkan rezeki macam bella sendiri pon tak percaya pada mulanya.Tetapi terjadi dekat bella sendiri ada orang sponsor kain,tunang naik gaji. Semua Allah permudahkan kene yakin dengan janji Allah.

3.Bincang dengan family dan bakal pasangan buat majlis sebelah pihak sahaja.

4.Kumpul duit kahwin bersama-sama dengan pasangan untuk majlis perkahwinan. Kata nak hidup susah senang bersama, takkan nak kongsi belanja kawin pon tak sanggup betul tak? Macam bella buat majlis gabung, kumpul duit sama-sama masuk dalam satu akaun. Khas untuk belanja kahwin.

5.Elakkan buat pinjaman bank atau kata lain personal loan untuk kawin. Personal loan interest sangat tinggi. Fikirkan lepas kahwin lagi banyak perbelanjaan sewa rumah, bil, kereta, perabot baru. Ada setengah tu sampai dah beranak pinak masih lagi berhutang dengan bank .Elakkan pinjam bank cuba kumpul duit. Ingat majlis hanya sehari tapi kita menanggung hutang bertahun-tahun adakah berbaloi?

6.Elakkan join skim cepat kaya, MLM, Skim pyramid dan macam-macam lagi yang menjanjikan dapat pulangan berlipat kali ganda.Biarlah kumpul sikit demi sikit daripda labur duit lepas tu duit lesap tiada pulangan.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...