cursors

Wishlish after married

Assalamualaikum semua,

Seperti yang korang maklum bella bakal berkahwin tahun hadapan macam-macam rasa ada,happy ada,seram ada,gemuruh ada.

Yelah kita nak kahwin mesti la happy kita kan nak bina masjid baru.Tapi nak hidup bersama bukan lah mudah uolls so bella just nak tulis wishlist mudah-mudahan impian ni tercapai amin.

1.Nak jadi isteri solehah.Macam biasa la layan suami macam raja hehe jaga segala-galanya tentang dia.Yang bella tahu bella nak jadi isteri terbaik kerja rumah, memasak, layan suami semua la.Kalau kemas rumah tu insyallah bella boleh manage. Tapi kalau memasak bella mengaku tak pandai masak lagi. Bella akan cuba belajar memasak slow-slow. Nak jadi macam mama. Macam mama masak setiap hari without miss ok. Jaranglah kitorang adik beradik makan luar. Setahun sekali je makan luar. Doakan bella ok amiin.

2.Nak honeymoon dekat Bali or Lombok yang ni impian bella jugak hehe feeling-feeling view cantik dan romantik gitu. Kalau boleh nak la yang surprise sweet-sweet palingggg sweet alamak terbagi tau pulak. Harap-harap la bakal husband buat. Even tak dapat pegi Bali or Lombok pegi Cameron pon jadi. Lepas tu surprise sweet-sweet jangan lupa tau its our first moment.Takut nanti dah kawin dah ada anak tak dan nak sweet :'(  nanti saya nangis seminggu tepi bucu. Hehe

3. Nak ada rumah idaman, tak semestinya beli rumah, ada rumah sewa pon dah syukur. Perabot tak perlu mahal pon janji deco cantik. Kitchen nak semua PINK je. Bilik tido nak perabot semua warna PUTIH dan nak almari ikea nak custome made sendiri. Paling tak suka almari sekarang tak bole nak be creative.Bella suka almari ikea yang creative dan teratur. Lepas basuh baju nak susun senang, seronok Tapi mahal la almari tu. Kita slow-slow beli eh. Meja make up nak ala-ala hollowood lampu mentol keliling cermin wahh berangan gitu. Slow-slow la OK.

4. Nak solat berjemaah dengan suami setiap hari dan setiap masa. Ok itu tipu la setiap masa.Tak termasuk office hour la. Tapi maghrib dan isyak kita buat sama-sama ok.Pahala lebih besar dan boleh ingatkan pasal solat. So tak adalah melewatkan solat dan tak tertinggal solat. Sama-sama solat ok.Bila ada nak nanti senang setiap hari solat sama-sama tak ada la dapat anak yang suka tangguh da solat belum?belum mama,5 minit lagi.Belum lagi masuk bab malas solat,solat laju-laju atau tipu cakap dah solat.Bella pernah jadi budak kecik ok semua pernah buat.Budak kecik kan ape dia tahu.

5. Baca Yassin setiap hari khamis sama-sama. Baca Yassin dan sedekahkan kepada keluarga kita yang telah tiada. Doa yang tidak akan terputus adalah doa dari seorang anak.

6. Travel all around the world.Impian bella nak travel dengan suami dengan anak-anak around the world sebelum tutup mata. Kita slow-slow eh awak backpacker pon tak apa janji dapat lihat semua. Mulakan dengan bismillah, lepas tu kita jelajah Asia kemudian negara barat, utara, selatan, timur semualah. Tengok salji dalam tv teringinnya nak pegang salji ,merasa 4 musim. Kalau tak dapat lihat semua tu saya harap dapat tengok di syurga nanti.:'(

7.Nak jadi suri rumah.Sekarang ni perempuan susah kalau jadi suri rumah,sangat mencabar.Sebab kewangan tak kukuh semuanya perlukan duit.So nak tak nak kenelah tolong suami,bella akan kerja let say dalam 10 tahun settlekan duit ptptn,beli apa yang nak beli macam handbag or kasut semua tu then quit then jadi suri rumah sepenuh masa.Bella nak jadi isteri dan ibu yang baik.Nak tumpukan masa dekat anak-anak.Tak nak anak terabai bila kita sibuk bekerja. Bukan bermakna duduk rumah goyang kaki bukan.Tanggungjawab wanita ni banyak,dialah isteri,dialah ibu,dialah pekerja. Buat 2 kerja bukanlah mudah banyak pengorbanan nak kene buat. Ramai lelaki tak faham. Cuba jadi wanita cukuplah 7 hari anda akan faham.

8.Nak ada business sendiri (online business) sambal-sambail jaga anak sambal buat bisnes online.Ada la pendapatan sikit.Bussiness is my passion!Buat business bukan sebab nak kaya tapi sebab minat.Sekarang ni pon tengah merangkak-rangkak buat business.

Bella ni kawin pon tak lagi berangan je lebih hehe tak apa its just wishlish tak semua wishlish kita akan jadi kenyataan.Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan so lepas bella kawin bella akan tengok balik post ni dan akan ingat balik apa yang bella nak capai lepas kahwin.Tak salah kan merancang? :) Atleast bella dah Nampak jelas hala tuju bella.Daripada dok di awing awangan atas kepala.Tah kemudian kita akan ingat atau tidak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...