cursors

1st time mom

Assalamuaalikum hai...

Lama dah tak update blog ni.Berzaman uolls rindu pulak dekat this blog.So harini just nk share sikit la for the 1st time mom.Actually bella baru je melahirkan baby sulung lelaki yeah alhamdulillah.

So sebelum bersalin bella selalu berdoa baby bella behave baik senang tido.But sometimes you are not lucky!! Anak bella seorang baby yang high demand.Ape itu baby yang demand?Ok next bella akan ceritakan lebih lanjut.

Lepas je bella bersalin baby nangis.Then nurse bawak baby ke bilik lain bersihkan dia dan nurse bagi baby dekat bella.Masa tu baby tido sahaja dari pukul 7 pagi sampai tengahari.Lama gile tido.So bella expect senangnya nak jaga macam ni tido je kan.

Bile balik je rumah dia bangun nangis.Nangis bukan nangis biasa-biasa tapi menjerit.Dia jenis baby yang tido siang dan malam dia terjaga dan nangis.Malam adalah dalam 3-4 kali dia bangun dan nangis.Bila dah bangun amatla sukar dia nak melelapkan mata.Kadang-kadang mata dia tahan sampai 2 hingga 4 jam tak nak tido.So mak bella datang berikan bantuan dia cuba untuk tidokan bayi.Dia tepuk kuat2 punggung .Lepas mak bella tepuk-tepuk dia tido.Mak bella cakap dia jenis suka tahan mata nak tido.Liat nak tido.

Then satu lagi perangai dia lepas dia susu mulut tercungap-cungap nak susu macam tak puas.Bella suggest dekat suami bella bagi puting sebab mulut dia nampak macam tak puas susu.Tapi suami bella tak nak pakai puting yelah semua orang takut jika bayi jonggang kannnn.So bella ada baca satu posting ni dari facebook baby languange.Dia cakap sesetengah bayi memang perlukan puting untuk menenagkan dia.Bayi memang dalam perut dia hisap jari.Sama jugakla dengan pakai puting.Lepas tu lepas sebulan suami cakap belilah puting so bella pon macam yeah beli la.Bile beli memang dia nak puting! Dia diam dan rasa tenang bile dapat puting.Bile pakai puting dia bole tido sendiri.

Selepas sebulan bella decide ikut suami balik rumah kami.Kami perasan yang dia lagi senang tido di rumah kami berbanding rumah mak bella.Bella rasa disebabkan faktor panas.Macam dekat rumah mak pakai kipas syiling,Rumah kami pakai kipas stand so directly kene badan dan rasa sejuk sikit.Waktu malam pon kurang jaga.Jaga dalam 2 kali je.

Yang kitorang pelik masa rumah mak bella or rumah bella dia jenis susah tido dia suka tahan mata.Kadang dia boleh tahan mata sampai 4 jam siang tak tido tapi alhamdulillah malam senang tido.So tak dela letih sangat nak bangun malam.Masa pantang bella cuti so takpe la nak layan dia yang jenis susah tido.Husben pon macam kesian tengok saya yang asyik mengadu baby susah tido.Dia kate beli buai la.then bella macam risau jugak nak beli buai sebab takut susah nak kemana-mana.Nak tido mesti kene ada buai.Kalau tak ada buai tak nak tido.So bella cakap dengan suami ada setengah baby memang dalam pantang dia kuat meragam.Lepas pantang 2 bulan insyallah ok.Kita try tengok lepas 2 bulan adakah baby masih meragam nak tido atau tak.Dalam pantang bella boleh la tahan sebba anak sendiri lepas tu takkerja.Tapi nanti da kerja aak meragam nak hantar pengasuh macamana?Takut la engasuh stress dengan anak kita lepas tu dia buat hal dengan anak kita kan.

So lepas je pantang alhamdulillah dia memang senang tido.Tepuk pon tak payah kuat.So sesiapa yang ada masalah masa dalam pantang baby kuat nangis,kuat meragam,susah nak tido bersabarlah.2 bulan je insyallah lepas habis pantang dia elokla tu.Orang cakap dalam pantang ni proses dia nak kenal serasikan diri dia dengan dunia ni.Nak kenal dunia.Yelah 9 bulan kot duduk dalam Rahim yang sempit bile da keluar luasnya dunia ni.Eh sejuknya dalam Rahim panas je.Gitulah

Dia tak biasa dengan dunia ni.Mata dia pon tak Nampak lagi masa dalam umur 2 bulan.Tahu tak masa dia umur bawah 2 bulan dia hanya boleh Nampak hitam dan putih lepas tu jauh yang dia dia Nampak adalah bila kite bagi dia susu.Hanya jauh tu sahaja dia bole Nampak sangat terhad.Orang yang mampu tenangkan dia adalah ibu dia.Sebab 9 bulan dalam Rahim ibu kan diah boleh bau badan ibu dia.So ibu-ibu fahamilah anak anda,Kadang-kadang dia menangis tanpa arah tujuan dah bagi susu,dah dodoikan,dah periksa pampers,perut semua masih nangis.Ketahuilah dia hanya mahukan dakpan ibu untuk buat dia tenang...

1 comment:

Blogger said...

Do you realize there is a 12 word sentence you can say to your partner... that will induce deep emotions of love and impulsive attraction for you buried within his heart?

Because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's impulse to love, look after and protect you with his entire heart...

12 Words Who Fuel A Man's Love Impulse

This impulse is so hardwired into a man's genetics that it will drive him to work better than before to make your relationship as strong as it can be.

As a matter of fact, triggering this all-powerful impulse is absolutely binding to achieving the best ever relationship with your man that the second you send your man a "Secret Signal"...

...You will soon find him expose his mind and heart for you in such a way he haven't experienced before and he'll see you as the one and only woman in the galaxy who has ever truly understood him.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...