cursors

Kelebihan Nisfu Syaaban! Bersama kita beramal...

SECARA umumnya semua hari dalam Islam adalah hari yang baik dan dilimpahi dengan berbagai nikmat juga keberkatan daripada Allah SWT. Namun Allah SWT melebihkan hari tertentu berbanding hari yang lain kerana hikmah dan keistimewaan yang tersendiri.




Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban 13 14hb, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."



Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri diriwayatkan paling banyak berpuasa sunat pada Bulan Syaaban. Pernah Aisyah berkata kepada Baginda Nabi SAW, Ya Rasulullah, aku melihat kamu banyak berpuasa di bulan Syaaban. Rasulullah SAW bersabda “Ya Aisyah sesungguhnya ia bulan yang dicabut ruh disepanjang tahun itu maka aku suka jika ruhku dicabut pada bulan Syaaban”.


Diriwayatkan daripada Abu Musa daripada Nabi Muhammad SAW sebuah hadis qudsi mengenai kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang mana Allah SWT turun ke langit dunia lalu berfirman “Sesiapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki maka aku akan mengurniakan kepadanya, sesiapa yang ditimpa bala bencana maka aku akan melepaskannya.”.


Justeru itu, setiap individu Muslim diseru mengambil peluang dan kesempatan ini untuk berbakti kepada Allah SWT. Antara amalan yang biasa dilakukan di Negeri Johor ialah membaca Yassin sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib, dengan niat ditetapkan iman, dipanjangkan umur dalam keadaan ibadat dan dimurahkan rezeki. Kemudian diikuti dengan membaca doa malam nisfu Syaaban.


Doa Nifsu Syaaban




Dibaca selepas waktu Maghrib selepas bacaan Yasin 3 kali, malam 15 Syaaban


Erti Doa Nisfu Syaaban:

Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau



Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan




Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu



Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku



Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ....sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan



Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir



Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara



Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya



Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya



Amin

2 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

maaf ye awak.. awak salah eja NISFU bukan NIFSU! Lain maksud dah..

bella hamzah said...

oh haah saya x perasan.. huhuh terima kasih awak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...