cursors

Just a day to remember

Ok tadi bella keluar dengan kekasih gelapku hahaha takdela kekasih hatiku. Dia bawak pergi tengok wayang kat Wangsa Walk tengok cerita Al Hijab.At the first tak tau nak tengok cerita apa sebab minggu ni bukan mingu wayang best macam minggu lepas.Macam minggu lepas banyak cerita yang best antaranya Johnny English,The Smurf,dan Bini-bini ku Gangster.

So kitorang amik keputusan tengok cerita hijab.Kita ke?dia sorang je.Actually bella tak gemar nak tengok cerita seram ni.Bukan tak suka tapi tak gemar, bella tak takut sangat cerita hantu tapi tak suka time hantu tu datang mengejut,bukan bongkak tak takut hantu tapi setakat ni bella tak penah kena lagi,bukan tak percaya percaya tapi mintak jauh la benda-benda tubila tengok cerita seram bella ni senang terkejut.Nasib baik takde sakit jantung =p disebabkan takde cerita yang best so kita layan jerk..

Bagi bella cerita hijab tu seram la jugak..  dalam hati apa la yang dimaksukan hijab tu.. yang tu bella tak boleh cerita kena tengok sendiri la yek.. tapi cerita tu so far ok la penceritaan dia....

Then lepas tengok wayang tuh bella pergi makan kat McD,dalam hati nak cuba Quater Pounder,so hari saya berjaya merasainya.. hahaha ayat nak hebat je kan.So far bagi bella biasa je Quarter Pounder tu rasa dia lebih kurang macam Cheese Burger tapi yang bezanya ada bawang.Tapi saya sangat gembira tak terkata kerana dah dapat rasa peace hahahaha  

Meneruskan perjalanan ke bukit langat saja jalan-jalan pusing dekat situ.Bestla sebab bawak kereta kat jalan bukit,dengan jalan simpang siur seolah-olah macam main racing car.Dalam hati nak pergi ikea :( sangat la daif setelah hidup selama 20 tahun tak penah sekali pun pergi ikea,housemate,blogger yang lain semua exited bila cakap pasal ikea,makan meatball dengki sangat-sangat.Yela saya ni siapa la yang sudi nak bawak pergi sana.Dahla takde lesen memandu,ayah pulak busy memanjang takde masa nak pergi berjalan-jalan dengan family,bella tak penah nak salahkan ayah,bukan salah ayah,ayah pergi keje dan bukan nak bersuka ria kat luar

Tadi ajak encik bf pergi ikea tapi dia taknak pergi pulak,sob-sob kalaula saya ada lesen dah lama saya pergi,sesat pon sesat la.Eh kenapa aku sensitif sangat ni?Hurm tak tahu la.. kadang-kadang perempuan ni benda kecik pon bole sensitif kekadang bella pon tak faham walaupon bella ni perempuan.Perempuan ni kelemahan dia ialah emosi.Hurm i want to go to ikea nak jugak! kalau encik bf tak bawak takpe la.Bella tetap nak pergi jugak,pergi dengan wawa ke,ni bukan ugut tapi kepunan punya pasal.Dalam hati ni dah kempunan sangat-sangat.

Oh tadi tengah jalan kereta rosak.Kesian encik bf nak tolak kereta,nasib baik dekat je dengan rumah kalau tak mesti encik bf rasa tak sedap hati.Demi menyedapkan hati dia saya naik bas balik rumah...


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...