cursors

Minum Arak Haram,Jual Arak pun Haram

Ok sekarang ni bella tengah cuti sem,boring gila so ada usha-usah kedai-kedai area bangsar,klsentral,mid sebab yang tu paling dekat dengan duit tambang..tapi area bangsar telawi banyak butik,tapi dalam firasat bella diorang nak guna yang free hair,bella penah kene.

Kalau nak diikutkan bella ni jenis tak kisah nak keje ape pon.. kalau nak keje takat 7e pon bella tak kisah.. Dekat-dekat area rumah bella ada tiga 7e diulangi tiga outlet!memang kalau keje takat lima minit dah boleh sampai tempat keje,but the main problem is 7e jual arak,memang dalam Islam semua orang tahu yang minum tu Haram tapi tahu tak jual Arak pun Haram?

Dulu bella penah terbaca kat sebuah akhbar ni mengenai arak,ustaz yang mengatakan kita sebagai umat Islam walaupun tak minum tapi jual pun dikira haram,kita boleh ambil contoh macam dadah,walaupun kita tak hisap dadah tapi menjualnya adalah salah dan dikenakan hukuman mati tanpa sebarang rayuan.

Tadi bella nak mintak keje dekat news.com ala kedai yang ala-ala 7e tapi kat situ banyak jual buku kedai dia dekat je denagn ruamh bella kat lrt.Then before nak mintak keje bella check peti ais dia whether ada arak ataupon tak.. then tak ada.Pastu bila bella mintak keje kat situ dia kata dah penuh tapi dia nak pakai pekerja dekat mid,so bella pon mintak dekat mid...

Dekat mid bella tak sempat nak survey peti ais dia,masa interview bella tanyalah dekat supervisor dia adaa rak tak? then dia kata "ada".Supervisor dia india,dia kata ala tin je..takpe you tak minum kan? ala sama je mana-mana you keje mesti ada arak.Dalam hati>>"Yes memang sekarang ni banyak tempat ada arak,dia sama macam babi,banyak tempat ada jual babi tapi kita bole elak kan?kecuali kalau mudarat tak ada makanan lain baru kita bole makan babi.Macam arak pulak cuba kaitkan memang semua tempat ada arak,tapi cuba elakkan.Dekat Malaysia banyak keje. Kalau memang semua kerja ada arak,no choice then baru kita bole keje"

Then dia cakap macam tu bella terus terdiam.. kalau tahu ada arak tak keje kat situ baik keje dekat 7e dekat rumah tak payah pergi jauh-jauh dekat mid nak mintak keje.-.- so isnin ni kene bagi jawapan so my answer is No!Selama ni bella pertahankan prinsip taknak keje kat tempat-tempat macam tu but then now nak take easy je benda tu.No!

Tapi yang sedih kebanyakan yang keje kat 7e is malay sedih sangat.Tak tahu camana nak cakap, ada kawan bella yang nak dekat dua tahun keje pun ada.Bella ada jugak mintak dekat reject shop dengan dunkin donut tapi dia tak call lagi sob-sob dahla cuti sebulan...waaa nak keje nak kumpul duit buat lesen and support sikit duit blaja sebab bella duduk ruamh sewa.

2 comments:

GincoMerahJambu said...

bgos bella ni..tengok dlu kedai tu jual arak atau tak..dlu syie pon xnk keje 7e cz jual arak..bahaya

bella hamzah said...

hehe thanx tulah bahaya kalu jual arak ni.. rezeki tak berkat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...