cursors

Cara saya berjimat cermat hidup di kuala lumpur

Assalamualaikum

Ok harini bella nak share sikit macamana nak disiplinkan diri simpan duit.

1.Elakkan menyewa rumah
Kalau yang stay dekat kawasan bandar macam k.l or selangor cari kerja yang berdekatan dengan rumah.Elakkan menyewa.Menyewa ni lagi banyak kos nak guna,deposit rumah,sewa bulanan bil api air,internet.Macam bella sendiri keluarga memang menetap di k.l sejak bella lahir lagi.Jadi bella cuba cari kerja yang dekat dengan rumah dan terus menetap dengan keluarga jadi dah jimat dekat situ.Bella pernah duduk rumah sewa.Yang bestnya duduk rumah sewa ialah kita bebas.Tapi bak kata pepatah home sweet home.Tempat apepun yang kita pergi cantik mana atau mewah mana.Rumah tetap dihati.Home sick!

Kelebihan duduk rumah keluarga uolls tak perlu bayar sewa rumah,makan mak masak,tak perlu bayar api air jimat. Tapi uolls yang menumpang rumah keluarga pandai-pandai la hulur bantuan sikit,beli barang dapur or bagi duit belanja sikit dekat ibu bapa uolls ok.

2.Cuba gunakan kenderaan awam 
Macam bella sendiri bella tak ada lesen so kenelah gunakan pengangkutan awam,jimat pon jimat guna pengangkutan awam,tapi uolls kene bangun awal kan kan nak kejar bas,lrt ktm semua.Pengangkutan awam ni biasanya bukan sebelah rumah uolls.Lepas tu nak kene jalan sikit pergi lrt atau bas.

Kalau uolls pakai kereta memang best! Parking depan rumah je,tak payah nak jalan pegi public transport beli tiket semua,tapi kene ingat la kalau uolls bawak kereta,minyak is not cheap okay! Bulan ni minyak turun bulan depan naik balik.Sama jeee minyak tak turun. Lepas tu tol lagi.Tol sekarang bukan macam dulu 20 sen,40sen sekarang tak main eh paling sikit RM1 oh malaysia ku.

Kalau tempat keje uolls memang laluan pengangkutan awam silalah berjimat disitu. Kalau tempat keje uols jauh dari pengangkutan awam uolls naiklah kereta ok.Jangan paksa diri.Kalau lelaki uolls boleh bawak motor lagiii jimat.Boleh elak jam and minyak jimat.Yang perempuan ni ada suku je yang berani nak bawak motor hehe.

3.Bajet makan sehari dan elakkan ambik air bergula
 Macam bella dah bajet da sehari RM7 je bella belanja untuk makan.Foodcourt kat office bella murah.Kalau nasi dan lauk sahaja selalunya RM5 je.Kalau tambah air bergula RM7.Jadi apa yang bella buat adalah beli makanan dan air kosong je.Kdang-kadang bila teringin bella beli la air bergula.Air kosong elok untuk kesihatan.Hari-hari minum air gula potong kaki aiyoo jimat RM1-RM2 disitu untuk air.


4. Gunakan kad touch n go/kad rapid.
Bella kan biasa naik public transport. Jadi tahulah kadang-kadang bila guna kad touch n go atau kad rapid uolls boleh dapat discount 15%-20% bergantung kepada bulan tu.Bende-bende yang diskaun ni jangan tolak rembat je. Walaupon diskaun 20sen je.Tapi cuba korang darab 20sen darab 30 hari.Bila dah guna 30 hari korang guna jimat RM6 tau!

So dengan penjimatan berganda ni bella hanya belanja RM300 je untuk makan dan pengangkutan awam.Rumah free.

So ada banyak lebihan.Actually tak banyak pon sebab gaji bella sikit hahaha next entry bella akan cerita pulak cara bella saving duit ok.Bye

Assalamulaikum.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...