cursors

Pengalaman Buat Passport di UTC Pudu

Salam semua harini bella nak share sikit la pengalaman,

Amaran entri ini sanga panjang jika sanggup silakan baca.

Ok firstly sebelum nak pegi buat passport bella survey la ape yang patut dibawak, waktu urusan blabla. Ada baca review di blog seorang blogger ni urusan permohonan passport hanya 2 jam Kalau dua jam okla kan.Tapi sebaliknya berlaku.Nak tahu cerita?Lets check it out

Sehari sebelum nak pegi pejabat immigresen bella dah plan dah nak pegi esoknya hari ahad pagi-pagi. Bella plannya pkl 7 tapi harapannnn pukul 7 la sangat so pukul 8.30 kitorang gerak dalam pukul 9 sampai dekat UTC pudu.!

Sampai-sampai je ramai giler beratur bukan beratur nk buat passport terus,beratur nak ambik nombor! Tak pernah seumur hidup beratur amik nombor selama ni just pegi kat mesin tunggu tekan treet amik nombor just tunggu nombor dipanggil.Kesian yang tua-tua pon beratur.

Oh ye nak buat passport kene ada 3 benda je
1.Duit RM200 passport 5 tahun(if tak keluarkan duit lagi G level ada ATM)
2.IC original
3.IC Photostat.Dekat dalam pejabat immigresen ada mesin Photostat.
4.Pen (Tidak disediakan tapi ada jual dekat dalam pejabat tu.Satu RM1 ye.)

Okla sambung cerita kitorang beratur ambik nombor panjang gile lane dah macam ulat 3 kali pusingan.

Selepas sejam

Dapat nombor. Datang pukul 9am okay dapat nombor pukul 10am.Huh sabar-sabar itu separuh dari iman.

So dah dapat nombor nombor bella 1301,nombor yang sedang dipanggil 1040! Ok giliran bella lagi 200++ untuk dipanggil. Ok dapat je nombor terus pegi makan kat food court atas UTC.Lepas makan turun bawah masa tu pukul 11am tak silap dari pukul 10 am-11am gerak 10 orang jeee... so bella balik dulu plan pukul 1 tengahari datang balik. Lagipon bosan dekat UTC tak ada apa nk buat.Balik rehat tengok t.v.

Rehat-rehat jap dekat rumah dalam 2 jam lepas tu datang balik pukul 1.30pm no giliran masa tu 1070,Seratus orang pon tak sampai lagi  ok!! .Selepas 2 jam hanya gerak 30 orang last kitorang balik nombor 1140 balik semula gerak 1070 beza 30 orang je! Ok kitorang da stress so keluar balik UTC pudu pegi dekat  UTC Sentul. Dekat sentul macam tak ramai sangat. Tapi guess what nombor habisss waaa.

So kitorang balik rumah balik. Buat kiraan rasa-rasa dalam pukul 6 baru nombor kene pangggil silap-silap malam. Memang malam pon uolls siap passport.So Kitorang balik pukul 6 datang balik dekat UTC pudu .Nombor masa tu dah 1250 okla almost to our number. Pukul 7 diorang break time adehh lupa penat je datang tak sampai sejam diorang dah tutup untuk break time. So kitorang pon pegi la makan kfc seberang UTC.Then datang balik.Pukul 8.30 malam nama kitorang dipanggil,Pukul 9 kitorang dapat passport. Ada yang datang dengan parent yang tua,ada yang datang dengan anak kecik.Kesian macamana la dorang tunggu lama-lama


Moral of the story bagi yang orang stay kl tu "Avoid" to come on weekend. Ambik cuti datang on weekday or after office hour. Kalau nak jugak datang on weekday sila ambik nombor dulu dan balik.Make sure bajet dulu nombor korang akan dipanggil pukul brape.Contoh giliran yang ke 100 sejam bergerak 20orang so korang kene datang 4 jam or 5 jam kemudian.Silah rehat dulu dirumah puas-puas ye.Kalau tunggu situ menonong je duduk kat kerusi.Kalau bawak kereta parking makin lama makin mahal.

Operation time untuk imigresen pudu
Isnin-Ahad 8.30am - 10pm
Breaktime 7pm - 8pm

Bella rasa pihak immigren patut do something on this.
1.Tambah pekerja - Untuk pegawai permohonan at that time hanya ada 2 or 3 orang sahaja. Kaunter banyak tapi tak ada pegawai yang bertugas.Ada beberapa kaunter yang tidak dibuka.Untuk pungutan hanya seorang sahaja yang jaga pada masa itu.

2.Sistem online - Buat system online dimana pemohon boleh memasukkan detail di dalam websites.Datang office hanya untuk pungutan dan bayaran.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...