cursors

Trip ke bandung Day 1

Ok uolss harini bella nak cerita sikit trip bella ke bandung.

Entri ni sangat panjang. Bella nak bagi Full Tips kat uolls sikit pon bella tak tinggal.

Hopefully entri ni bermanfaat.

Yang baik di jadikan tauladan yang buruk dijadikan pengajaran. Chill

Airport 

So first sekali ini adalah 1st trip bella ke luar negara dan 1st trip naik flight jakun uolls naik flight so flight kami pukul 3.45petang dari kl sampai bandung petang dalam pukul 5.45petang macam tu la.Trip ke bandung kitorang sebenarnya 4 hari 3 malam. Tapi sebenarnya kitorang ada masa 2 hari setengah je dekat bandung sebab hari pergi petang.Ada masa nak jalan -jalan pon petang sampai malam untuk 1 day .Balik ke Malaysia pagi pukul 8 pagi.Bella yang beli tiket tu.Bukan sengaja nak beli waktu tu.Tapi sebab Air Asia tengah buat promo RM150 pegi balik kitorang grab je,walaupon tak boleh stay lama kat sana.Exited uolls nak pergi bandung.Kasi balun je.Actually bella plan nak beli barang-barang kahwin tapi tak beli sangat pon.Beli barang orang order adalah huhu.

Bella pergi dengan encik tunang dan kawan encik tunang sorang lagi. Kami bertiga jee. So sebelum bella nak pergi bandung tu cakap dengan encik tunang survey la sekali jangan la harapkan saya je kan. Dia dengan bajet-bajet poyo cakap "Ingat orang tak survey ke. Eh orang survey jugak" la poyo la encik tunang last-last bella yang kene decide nak pergi mana.

Sebelum turun flight bella dah pesan dah dengan encik tunang. Harga teksi bawah 100,000 rupiah. Encik tuning pon anguk-anguk. Actually salah bella jugak la bella tertinggal iteneri.Bella tak state berapa exactly harga teksi dekat encik tunang. So encik tunang pon angguk-angguk je la. Bila dah sampai dekat airport bandung ternampak la kaunter teksi. Bella pon cakap la "eh tu ada kaunter jom la kita pergi book."

Encik tunang dengan muka confident cakap "Takpe kita check dekat luar kawan orang cakap kat luar banyak teksi."Sekali kitorang keluar je ada pak sapu yang ajak kitorang naik kereta dia. Kitorang ingat dia ni driver teksi dia cakap la nak pergi mana so kitorang pon cakap la nak pergi cihampelas. Dia cakap rate 150,000rp so bella rasa macam mahal tau tak silap 80,000rp je.. So kitorang ni tak mahir sangat nak convert 150,000rp ke RM blur-blur lagi dengan duit indon.

So encik tunang cakap berapa eh?RM30 eh?Bella pon terkial-kial nak conggak dalam hati RM30 ke???  Bella lambat pick up rasa macam lebih RM30 jee .Tapi cakap dalam hati jelah.. Kita baru turun airport kan memang la blur nak kira. Lepas tu nego la dengan pak sapu tu cakap 100,000rp pak sapu tu dengan muka berlagak dia cakap tak boleh nak nego. Kalau nak nego pergi kat kaunter. Encik tunang pon cakap "Jom-jom la".Encik tunang dah malas nak nego lagi.Lelaki memang macam tu sabar jelah. Bila encik tunang dah cakap macam tu bella ikutkan lah.Kalau bella yang nego memang TAK LAA  bella nak ambik harga tu. Sebab bella dah rasa pelik awat mahal. Daripada airport tu bella dalam hati asyik usha je teksi biru tak tau nape.

Hati perempuan kan. Lepas tu dia ajak pergi dekat kereta dia...Laaaa kereta rupanya kereta besar 7 seater ala-ala kereta avanza. Ingat teksi! Kitorang dah la 3 orang je tak berbaloi naik kereta 7 seater. Dekat depan airport belambak teksi biru. Bella rasa macam nak cancel je dengan dia nak lari pergi dekat teksi biru. Orang kate teksi biru pakai meter an murah. Rasa nak cabut je lari kat teksi biru.Patutlah mahal uolls.Rasa nak cabut je tak nak naik kereta dia :'( Tapi kang nanti encik tunang marah pulak. Dalam hati aku dah kene tipu ni. Dalam kereta baru kira balik Rm45 jugak la kitorang kene ketuk padahal 15 minit je uolls dari airport ke hotel.

Korang better keluar je dari aiport bandung akan nampak kaunter teksi BOOK je dekat kaunter teksi Blue Bird jangan memandai. Jangan la macam kitorang belagak sangat nak ambik teksi luar sekali bukan dapat teksi dapat "kereta sapu" harga 2 kali ganda dari teksi.Pengajaran uolls


Turun je airport korang cari teksi ni.Murah pakai meter.
 Hotel

Sampai je hotel ngomel dengan encik tunang dia cakap dah la jangan pikir nanti takde mood bella pon ok la. Takpe la lupakan sahaja ok..

So kitorang pon sampai la di hotel  Favehotel Cihampelas. 3 star hotel book dekat Agoda 4 hari 3 malam RM500 oklah semalam dalam 100++ je.Ada hotel lagi murah tapi kitorang nak selesa sikit la so ambik mahal sikit je takpelah. Lagipon kitorang tak bayar masa walk in kitorang bayar dari Malaysia guna credit card kawan. Bayar sikit-sikit dekat kawan so tak terasa sangat nak bayar RM500 gedebuk. Dalam masa setahun tu slow-slow bayar RM500. Lagipon bukan RM500 sehari Rm500 untuk 4 hari uolls. Dekat Malaysia ni ada yang RM500 sehari tau.

Masa kitorang sampai hotel tu dah malam. Hotel yang kitorang duduk tu not bad hotel 3 bintang uolls daripada lobi sampai ke bilik wangi je uolls. Ala-ala masuk SPA. Serius berbaloi korang duduk hotel tu sebab kemudahan semua dekat.

Hotel dia not bad.Bilik takdelah besar sangat.Oklaaaa Tapi katil dia besar boleh muat 3 orang.Katil besar tido sorang-sorang heaven uolls. Hotel ada sediakan water heater,air mineral,dengan adapter plug.Dari Malaysia dah cakap dengan encik tunang nanti kita beli la adapter plug.Plug diorang tak sama dengan kita. Encik tunang bash balik"Tak la plug diorang sama la dengan kita sekali dah sampai hamik kau tak sama okay.Tulah tak nak dengar cakap bella.Bella dah buat research la. Nasib baik hotel sediakan adapter plug tak payah la beli.Powerbank pon kitorang bawak incase jalan jauh nak cas dekat mana kan. Tapi dalam flight boleh bawak maximum 10,000mAH je.Sikit je,Takpe buat back up incase apa-apa emergency phone habis bateri.

katil dia besar boleh muat 3 orang.Tepi tu ada telefon tapi hampeh tak boleh pakai ngeh2

hotel ada sediakan water heater,gelas,mineral water dan adapter

laluan nak masuk bilik


Malam tu sampai je hotel kitorang mandi lepas tu keluar cari Sim Card dan cari makan.Kitorang just tanya pak guard dekat situ dekat mana ada jual sim card.Dia tunjuk la jalan dari hotel lintas ke arah seberang jalan, lepas tu  jalan sebelah kanan terus lepas je lepas tu belah  kiri ada lorong kecik jual handphone,sim card dengan charger.So kitorang beli satu sim card je.RM15 kot tak silap tak ingat hehe kalau covert ke RM sekali internet 4GB untuk seminggu. Lepas tu buat hotspot share-share.Dekat kedai tu ada jual handphone ala-ala nokia 3310 survey harga lebih kurang malaysia je RM50.Kalau murah lagi nak jugak la beli.Harga lebih kurang tak payah la.


Di kedai jual handphone misi cari sim card.Nampak tak atas meja tu ada kad warna merah itula sim card indon.Nama dia SIMPATI 4GB.

Lepas dah beli sim card misi cari makan malam. Dekat tepi jalan banyak je restoran.Kitorang survey la dulu restoran dekat area hotel. Ada satu restoran tu kitorang pergi tu makanan sunda kot. Tapi dia serve macam kita makan lauk campur tinggal pilih dan makan je. Tapi entah la malam tu tekak nak makan makanan yang serve panas. Dekat restorant tu boleh je nak panaskan tapi tak sedap pulak makan makanan yang dipanaskan baik makan makanan yang dimasak  terus.

Sementara nak fikir tu kitorang belilah  Pisang cheese tepi jalan isi perut. Orang cakap jangan beli makanan tepi jalan nanti sakit perut. Tapi setakat pisang cheese je tak ada masalah kot. Cuma klau makanana berat macam bakso tu jangan la try tepi jalan eh.Serius sedap pisang cheese dia. Tak macam Malaysia kan dia goreng dulu pisang dengan tepung kan. Kat sana tak! Diorang goreng pisang dengan planta atas kuali leper. Lepas tu tabur cheese sagat. Serius lagi sedap dari Malaysia.Rasa dia macam pisang rebus taruk cheese. Sedap! Must try!



Pisang cheese masak macam tu je.. goreng dengan planta.Tapi serius sedap.

Fikir punya fikir kitorang menuju ke CIWALK makan malam dekat sana.Hotel yang kitorang book ni dekat dengan CIWALK. Kalau jalan kaki sikit dalam 5 minit jalan kaki ke depan korang akan jumpa CIWALK.Dari hotel kene lintas seberang lepas tu belah kiri straight je.Kalau tak tahu jalan tanya je local people.Malu tanya sesat jalan hehe.

Sangat recomended korang makan dalam tu la.Ada banyak restoran.Cakap je nak makanan korea,western,baskin robbin,jco donnut semua ada.

Kitorang dah alang -alang datang sana memang cari makanan asli indonesia jeeee Rugi uolls pergi negara orang tak rasa makanann diorang.Western dengan Korea tak pandang.Malaysia pon adaaa.So dalam CIWALK tu ada kaunter customer services.Kitorang pergi la tanya customer service kat mana nak makan makanan asli indonesia dalam mall ni so dia suruh kitorang pergi dekat level bawah sekali. Kedai indonesia Warung Talaga, Kedai dia dekat aras 1 bawah sekali depan Eskeletor.

Kedai dia sekali pandang macam kopitiam ala-ala Malaysia.Tapi jual makanan asli Indonesia.




Sori gambar gelap.Kitorang makan dekat luar kedai bertemankan bulan hehe

yang merah tu air cincau.Yang lagi satu air cendol.

 Ini menu yang kitorang order.Recomended try semua ni.

Ayam kecap dia sedap.Macam ayam Percik kita. Manis-manis pedas gitu.

Batagor pon must try.Rasa dia macam tauhu ada rasa keropok lekor lembut isi ayam.Tapi kene makan waktu panas.Bila sejuk dah tak sedap.

Es Cendol tu bella order tapi tak sedap wekk rasa lain daripada malaysia.Dia guna santan tapi santan dia tak sedap santan kotak kot.

Es Cincau dia pon sedap.Dia letak sirap serius sedap.

Tak ingat total makan berapa tapi sorang dalam RM15 macam tu je.

So lepas makan kitorang jalan-jalan la dalam CIWALK tu.Bella not recommended uolls shopping dalam tu. Kedai-kedai dalam tu semua mahal uolls ala-ala macam kita pergi Mid Valley,KLCC gitu. Kasut dalam harga RM100 ++  Lepas tu banyak jenama-jenama yang famous kat indonesia je. Jenama branded kat malaysia  macam Padini,Hush Puppies, tak ada pon.Kalau ada bolehlah jugak survey dan beli buat hantaran tapi TAK ADAA uolls..

Kitorang singgah makan and jalan-jalan kejap je sebab kedai semua mahal dan tak banyak kedai yang famous kat Malaysia. Lepas tu kitorang keluar balik jalan-jalan dekat Cihampelas Walk.

Nasib baik kitorang duduk kat jalan cihampelas sebab kalau uolls duduk kat area pasar baru pukul 5petang kedai dah tutup. Tak boleh nak jalan-jalan malam dah.

Kalau uolls duduk kat jalan dago atau riau malam still bukak sampai pukul 9 malam tapi tak ramai orang la waktu malam. Orang kate tak havoc gituuu.

Kalau kat Jalan Cihampelas atau Cihampelas Walk ni berbaloi-baloi kedai makan banyak,money changer dekat,atm machine CIMB ATM sebelah hotel jeeeee,lepas tu dia ada kedai serbaneka ala-ala macam 7eleven kita tapi nama dia lain tak ingat apa nama dia. Kedai kain bawah hotel jeeee. Tapi kedai kain dia mahal sikit. Last entry bella cerita ok.

Waktu malam jalan cihampelas ni kalau kat K.L ala-ala bukit bintang sangat havoc okay ramai anak-anak muda indonesia jalan-jalan malam so dapat rasa suasana tu best la. Dekat Cihampelas walk ada deretan kedai jual baju,souvenier,tshirt bandung.

Dekat Cihampelas walk tu banyak kedai-kedai character macam pinochio,batman,superman macam-macam la.Baju tshirt yang diorang jual pon bertemakan character superhero jugak.Bella tak beli la dekat jalan cihampelas walk ni majoriti barangan lelaki huhu tapi korang bolehlah jalan-jalan tepi-tepi tu ada jual bag perempuan tapi harga lebih kurang malaysia dalam RM20-RM30 bella dah survey melalui encik google dulu sebelum datang bandung. Bag dekat Pasar baru RM15 jeee. Tahan-tahan sampai pasar baru .Lepas tu tepi-tepi jalan ada jual tshirt. Tshirt dia murah je dalam RM6 sehelai.





Lepas tu dekat tepi jalan tu banyak sangat jual Aiskrim Durian.Ada 4 atau 5 gerai. Bella try la harga aiskrim durian dalam RM3 macam tu murah.Bebaloi dalam tu ada seulas durian dengan aiskrim.Kalau dekat Malaysia seulas durian dah berapa ringgit. Ambik kau dia bagi seulas durian. Dia letak durian dan aiskrim lepas tu susu pekat sikit. Tapi manis potong kaki uolls aiskrim dia. Bella buang aiskrim dia makan durian je. Durian dia tak adalah manis sangat okla rasa macam  durian kampung sedap. Hehe


Credit to google lupa nak tangkap gambar.LEbih kurang macam ni la gerai aiskrim tu uolls


Lepas habis kitorang jalan-jalan kitorang pon balik hotel. Masa nak balik hotel tu baru perasan ada kedai jual sim card sebelah hotel je. Larhhhhh :'( penat je pergi jauh.

Masa balik hotel tu ajak la encik tunang singgah kedai kain Sebelah hotel.Bella tak ingat apa nama kedai dia tapi belakang dia Bandung Exclusive Textile. Sajalah kitorang masuk. Encik tunang nak survey harga buat sepasang suit blazer + seluar. Member dia cakap boleh dapat harga dalam RM300 all in kain + upah. So kitorang sajalah survey harga kat kedai tu agak mahal la tak silap dalam RM500-600 and kedai tu cakap dia ada la partner dengan Jakel. Hmm patutla mahal uolls. So kitorang tak jadi nak tempah kat situ esok kitorang survey dekat pasar baru dulu.Malam tu balik-balik hotel cas phone.Esok nak tangkap gambar banyak. Kita sambung part 2 next entry eh.


Bye.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...