cursors

Produk untuk kulit kering

Assalamualaikum korang...


Dah lama tak buat sharing,so harini bella just nk buat sharing sikit la untuk sesiapa yang ada masalah kulit kering macam bella.

Dulu masa bella zaman sekolah bella dihantui dengan jerawat penuh di muka so bella pakai product Safi.Lamaa bella pakai produk ni dalam 5 tahun jugak la.Produk ni memang menghilangkan jerawat bella sekarang kulit bella dah bersih bebas jerawat ad susah nak tumbuh jerawat.

Tapi ada satu masalah pulak sekarang kulit bella ni jenis kering.Terutamanya dekat bahagian pipi dan tepi bibir kering sangat.Bila tak pakai make up kan Nampak kusam,bila pakai make up Nampak kulit menggelupas.Bila tak pakai make up tak nmpak pon kulit menggelupas sebab menggelupas halus

So ape yang yang bella buat ialah tukar produk.Bye-bye Safi kita dah lama bersama sekarang kita perlu berpisah kerana tidak lagi serasi bersama sobsob.

Bermulahlah satu-satu produk bella tukar.Bella tak ingat bella tukar produk ape tapi apa yang bella boleh cakap kebanyakan produk dalam farmasi macam guardian,watson bella dah try semua tak menjadi.Kulit tetap kering.

Bella try produk tempatan Nour Ain tagline "barula clear" sebelum beli bella tengok bahan-bahan dia macam ok tak ada bahan kimia sangat ada ramuan minyak zaiton seperti yang kita tahu minyak zaiton ni boleh melembapkan kulit.

So bella try la satu set nour ain.Satu set dalam RM100 ++ bila dah selalu pakai bella rasa tak perlu satu set untuk rawat kulit kering.Cukup uolls pakai sabun dan serum.Sabun dia wangi bau oren.Tapi cepat cair.Korang kene letak dalam bekas tertutup.Serum pulak nak bagi kulit lagi lembap.Additional boleh tambah toner.Toner dia sangat best bau buah anggur Wangi dan memang melembapkan kulit.

Kalau beli loose item satu-satu mahal sikit la sabun dalam RM16,serum dalam RM20++ almaklumla biasa pakai safi je murah harga tak sampai RM10. Sekarang kene spend lebih sikit la nk kulit sihat kan.

So bagi yang ada masalah macam bella boleh la try produk nour ain.Nour ain ni bagi bella produk dia tak banyak bahan kimia dan homemade.Kilang dia dekat  Malaysia nun dekat kedah.Macam produk lain kita tak tahu kan kilang depa kat mana,bahan apa yang diorang letak.Korang cubala!

Kalau sesiapa nk share produk untuk kulit kering pon di alualukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...