Assalamualaikum semua,
Baru-baru ni bella kene demam denggi.Bella kan cerita one by one macamana bella boleh kene
Hari pertama
Hari isnin lepas cuti umum awal muharram,bella berkurung dalam bilik satu hari,baring je tak keluar bilik pon.Tibe-tibe petang tu bella demam.Ok la fine demam dah lama bella tak demam dah 7 tahun jugak la.Memang jenis antibody kuat jarang demam.
Hari kedua
Bangun pagi demam dah OK tapi tak larat nak pergi kerja.Dah siap-siap nak pergi kerja dah keluar rumah jalan kaki dalam 10 minit tak larat jalan rasa lemah je dari pingang sampai ke buku lali sakit.Nak pegi kerja baru jalan 10 minit kne pegang kereta orang sebab tak larat . Whatsapp bos cakap tak datang kerja harini demam.Bos pon suruh rehat so bella tak terus pergi klinik hanya rehat dekat rumah sampai petang.Biasanya bella akan demam setengah hari je.Kali ni pelik sikit bella demam 2 hari lepas tu ada sakit sendi.Sakit badan lenguh-lenguh dari paras pinggang sampai kaki.
Mama suruh pergi klinik check mana tau kene denggi sebab sakit badan.Then bella pon pergi la klinik petang tu area rumah..Klinik tu tak boleh check darah hanya boleh check air kencing.Then bila dah check air kencing doctor cakap tak ada apa-apa tapi doctor cakap degupan jantung sangat laju.Doktor suspek denggi.So doctor buat reference letter dekat HKL.
Masa dekat klinik tu doctor tak bagi ubat satu ape pon ubat demam pon tak bagi.MC pon tak bagi diorang suruh pergi mintak dekat HKL.Then malam tu jugak pergi HKL suruh adik hantar.Then dekat HKL ambik darah then doctor cakap dah brape hari demam so bella pon cakapla 2 hari.Biasanya denggi detect hari ke-3 so doctor pon cakap awak demam.Darah normal tak ada denggi tapi macam 50-50.Dia suruh datang esok kalau demam lagi.Biasanya denggi detect selepas 3 hari.
Bella malas nak datang esoknya so tunggu la lepas 3 hari demam lagi baru datang.
Hari ke 3 & 4
Pergi kerja macam biasa.Pagi tak demam malam sahaja demam tapi badan lemah.Masih demam tapi demam malam sahaja.Mama cakap "kene demam malam la tu memang lambat elok".Hari ke 4 malam tu pukul 12 malam sampai pkl 3 pagi demam panas gile rasa nak terjun pool.Tak boleh tido sebab panas pukul 4 baru boleh tido.
Hari 5
Pergi kerja macam biasa.Pagi tu OK tak demam dalam pukul 3 start demam balik.Masa tu lepas lunch bos tegur you demam lagi ke? Time tu memang start demam balik.Mengaku jela dekat bos demam lagi.Tapi tak cakap pon nak balik.Tetiba bos suruh balik time tu jugak pukul 4 ptg.Time tu nekad nak pergi HKL check darah so ambik grab car pergi HKL sorang2.Hari jumaat pulak karang kalau pegi pukul 6 jem pulak. Baik pergi cepat. Masa tu rasa syukur sangat bos suruh balik awal. Masa pergi hospital tu pukul 4 tak ramai orang so cepat jelah dia check.
Bile dah check darah positive denggi! Kene warded time tu jugak adoii time tu bateri handphone mati terus tak boleh nak call sesiapa.Tanya doctor macamana dia kate dekat ward nanti ada plug you bole plug so okay la kan.So diorang bawak bella dekat zone kuning . Zone separa kritikal.Denggi ni agak bahaya jugak la diorang memang check betul-betul.
Time tu tak ada plug nk cas phone huwaaaa then jenuh jugak la mintak nurse tolong call mama. Nasib ingat no phone mama.So masuk je ward kuning tu dorang check semua, jantung, hati, darah, masuk air.
Denggi ni tak ada ubat okay.Ubat dia AIR! so diorang masukkan air melalui tiub.Itu je ubat nak lagi cepat sembuh minum banyak air.So time tu memang bawak botol besar so minum je dalam wad tu.
Masuk zone kuning pukul 6 lebih so time tu dah lepas dinner so dah tak ada makanan disediakan huwaa lapar.Korang sebelum warded pergi la makan dulu.
So masa warded tu ambik darah sampai 4-5 kali serius banyak diorang check macam-macam dari pukul 8pm -12pm diorang check tanpa henti pukul 1 pagi baru warded.Serius letih kene ambik darah 4-5 kali,masuk ubat antibiotik masuk ikut drip sakit ok.Nak habiskan drip masuk dalam badan ambik masa 2 jam!
Masa tu dah takut giler rasa nak mati pon ada.Tapi insyallah denggi ni boleh sembuh janji pallet kita naik. Apa itu pallet? pallet tu dia boleh di ukur dengan darah kita. Bila pallet rendah dia tak boleh nak bekukan darah kita. Pallet normal adalah 150 kalau bawah dari tu sangat bahaya.
Bella warded lama 5 hari start hari jumaat malam sampai selasa.Sehari tu 4-5 kali dorang akan ambik darah serius stress.Diorang betul-betul jaga takut pallet drop.Bile pallet drop jatuh bahaya.
Bella masa hari pertama pallet 90 (Pallet normal adalah 150 tak jauh beza sangat).Hari ke -2 drop 33 adoiii dah cuak so doctor cakap don't worry pallet bole naik dan drop bile-bile masa saja bilik sebelah ada lagi teruk drop sampai 9. Tu lagilah sangat bahaya tapi doctor tu cakap be relax jangan stress2 kadang-kadang stress pon boleh buat pallet jatuh.So bella banyakkan zikir dan be positive.2 nd day bella period. Period disebabkan denggi. Walhal kalau ikut kiraan lambat lagi bella nak kene period. So tak boleh solat hanya boleh zikir. Bella amalkan zikir nabi yunus dan asma ul husna.
Masa kene denggi tu sesetengah orang akan period.Walaupon bukan timing korang period.Period time denggi normal sebab nak keluarkan darah kotor.Tapi kene jaga-jaga kalau period keluar banyak sangat lebih dari 2 pad sehari kene bagitau doctor.Takut ada masalah lain.
So banyak la sedara datang suruh makan itu ini takut pon ada diorang macam takutkan kite.Dorang cakap "Nak keluar wad cepat kene minum air banyak-banyak,kene makan.Nak keluar cepat tak? ke nak duduk wad lama?" Serius rasa masa tu macam nak mati semua orang macam takutkan kite. Semua orang macam paksa minum air banyak takut denggi lambat pulih.
So beberapa ikhtiar untuk sembuh dan naikkan pallet yang bella cuba boleh tengok kat bawah..
100 plus / Revive -boleh naikkan pallet dan redakan demam.Tapi bella tak boleh minum.Lepas minum pallet jatuh sebab gula dalam darah tinggi.Bettter beli revive sebab 100 plus gula tinggi.
Air jambu batu pink marigold-orang kate elok untuk denggi. Air dia agak manis. Baca dekat description tak ada gula hanya pati.Bella minum jugak la nak sihat kan.Better lagi minum air jambu batu daripada minum 100 plus sebab 100 plus gula tinggi.
Jus pucuk betik-tumbuk dalam 6 helai lepas tu perah air dia.Akan dapat 2-3 sudu.Minum tu dah cukup nak naikkkan pallet tapi tak digalakkan untuk orang yang low blood pressure.Pallet memang naik tapi low blood pressure akan makin naik dan akan pening kepala.Ada jugak dijual yang sudah siap tapi warna lain la tak pasti sudah dicampur bahan lain atau tidak.Pil pucuk betik pon ada sepupu bella hantar.
Sup ketam- boleh naikkankan pallet tak sure betul ke tak tapi bella suruh je tunang hantar selama 3 hari.Kita ikhtiar.
Peria katak-rebus peria katak dan ambil air dia minum.Banyak kelebihan peria katak ni.Boleh menaikkan selera makan,memberikan tenaga,dan membersihkan darah.Nenek bella bawak air rebusan peria hari pertama masa nenek datang bawak tu memang minum depan dia 3 teguk,hari kedua nenek datang lagi tengok bella tak tu dia marah bella tak minum hmm pahit tak bole minum.Hari ke 3 nenek tak datang tapi suruh mak cik hantar air rebusan peria suruh minum jugak. paksa jugak mak cik hantar suruh minum.Baik katanya.Bila bella baca memang elok pon rebusan peria ingatkan tambah selera je.
Buah kiwi-Buah kiwi ni elok untuk orang yang kene denggi so masa tu mak cik bella datang bawak buah kiwi bagi bella makan.
Masa bella makan sup ketam,jus pucuk betik keesokan harinya pallet naik dari 33 naik sehingga 58 Alhamdulillah naik petanda positive.
Kepada yang kene denggi be positive,jangan stress2 itu boleh sebabkan pallet jatuh.Minum air dengan banyak even pakai drip air kite kene still minum air.Bile minum air banyak demam cepat kebah.Usahakan cara tradisional tapi jangan terlalu extreme.
Makan kurma dan minum air zam-zam untuk tenaga.Anda kene makan jangan tak makan.Paksa diri makan dan positive anda boleh sihat.
Biasanya denggi kene hari ke 3.So agak-agak demam 3 hari badan sengal-sengal ada ruam denggi la jawabnya.Masa bella kene tu hari pertama dan kedua je ada ruam hari ke 3 tak ada dah.Tu pon ruam sikit dekat tangan dan lutut.Denggi ni tak ada ubat,ubat dia AIR je.Jangan ambil mudah denggi ni.Kalau pallet drop bahaya.Lepas tu kalau liang rongga kita berdarah lagi bahaya boleh mati.Kalau warded dekat HKL untuk pesakit denggi FREE seminggu warded tak payah bayar pape pon so tak payah risau pasal duit masuk hospital.
Biasanya lepas demam dah kebah kira dah ok da.Doktor akan pantau pallet kita.Kalau terus naik dan naik dah boleh keluar.Tapi kalau pallet korang drop memang lambat la keluar.Make sure buat something untuk naikkan pallet hari demi hari.Even pallet korang tak sampai 150 korang doctor akan bagi lepas jugak sebab pallet naik dan naik.Macam bella dari 33 naik 58 dan naik 59 so doctor bagi balik sebab pallet naik dan naik.
Lepas keluar hospital korang kene berehat banyak minum air banyak dan amalkan petua dekat atas.So far lepas 3 hari keluar hospital bella buat check up balik pallet naik sehingga 500.Alhamdulillah dah pulih sepenuhnnya.
Tapi sebenarnya tak pon.Pallet memang naik tapi sakit sendi tu still ada.Kadang-kadang rasa pening nak pitam pon ada.Sebab darah rendah lepas tu darah dah tercemar.Dia ambik masa jugak nak pulih sakit sendi.Orang cakap bisa dia masih ada. Berdasarkan cakap kawan bella dia ambik masa sebulan jugak la nak pulih. So korang ambik la vitamin lepas denggi untuk betul-betul pulih.
Elakkan untuk kena denggi untuk kali kedua. Sangat bahaya jika terkena kali kedua. Sebelah katil bella dia terkena kali kedua lepas dia kene kali pertama lepas tu dia kerap demam walhal sebelum dia kene denggi dia jarang demam macam bella la.Orang cakap orang yang pernah kene denggi dia berisiko untuk kena untuk kali kedua.Sebab darah kita dah tercemar kan.So jaga diri,elakkan terkena gigitan nyamuk dan makan vitamin untuk betul-betul pulih.
Anda juga boleh try makan Shaklee.Set untuk denggi.
No comments:
Post a Comment