Salam semua,
Harini bella nak share sikit la bella baru je discharged daripada hospital.Bella discharged selama seminggu.Discharged daripada hospital tak bermaksud korang dah betul-betul sihat tau.Haritu bella warded dekat hospital 5 hari lepas tu doctor bagi lagi mc selama 3 hari.so total 8 hari.Agak lama la kan...Tapi perlu diingatkan denggi dah discharged kita bukannya betul-betul sembuh pon.Bila kite warded doctor akan pastikan demam kita kebah lepas tu dia akan monitor pallet kite samada makin naik akatau makin turun.Kalau makin naik maka bolehlah keluar ward.Kalau makin turun anda akan ditahan ward dan akan dipantau.
Perlu diingatkan denggi tiada ubat samapi ke harini ye.Hopital hanya akan bagi kita drip water sahaja.Tanpa ubat.
Selepas kita discharged "bisa" denggi tu masih ada.Korang kan rasa
- sengal-sengal badan(seperti kene cucuk) kadang-kadang akan rasa macam kene gigit nyamuk padahal xde nyamuk pon.
-gatal-gatal
-pening kepala,berdenyut,rasa nak pitam
Mengikut pengalaman kawan-kawan bella denggi ni ambil masa juga nak sembuh dalam sebulan la jugak la.Ada yang antibodi kuat mereka terus sembuh tanpa anda simtom diatas.Macam bella sendiri ada symptom di atas lepas je habis mcm bella kerja dan kadang-kadang ada symptom diatas.Kadang-kadang buat kerja macam mamai pon ada slow-slow buat kerja.Nasib la bos bella memahami dia cakap kalau rasa tak sihat balik awal or cuti je.Bella tak sampai hati nk cuti je.Bella kerja je la slow-slow.
Ada sesetengah orang mungkin mengalami simtom di atas dan mungkin setengah orang tak alami pon.Macam adik bella kene pada hari yang sama.Tapi lepas discharges dia tak ada pulak sengal-sengal badan.Dia sihat je.Jeles betul
Pada ketika bella tulis ni bella sakit perut rasa nak muntah pon ada.Jangan la muntah.Agak bahaya tau bile muntah.Berat bella pon dah susut .Ya allah besar sungguh dugaan kene denggi ni.Bila kepala berdenyut tu kan rasa pening sangat-sangat rasa nak pengsan pastu kepala rasa nak pecah.Kadang-kadang rasa macam nk mati pon ada bila sakit kepala macam tu.
Bila cerita dengan tunang dia risau sangat dengan bella.Lagi-lagi bella cakap bella sakit rasa nak mati.Dah banyak amalan ke? Hmm sejujurnya bella takut kalau Allah tarik nyawa bella sekarang.Bella tak cukup amalan lagi.Banyak lagi yang bella perlu belajar tentang islam.So bella sekarang mendiamkan diri bila sakit diam-diam just think positive.Tak nak orang lain risau.Hidup perlu diteruskan.
No comments:
Post a Comment