Berhabuk tau blog bella ni lama tak update.So kalini just nak share sikit la tips nak beli barang baby.
Bila masa sesuai nak beli barang baby?Orang tua-tua cakap 6 bulan ke atas dah boleh dah beli barang baby.
Bella tak berani nak beli awal2.Yelah macam-macam kemungkinan boleh berlaku.Bawah 6 bulan rahim tak kuat lagi kan.Lepas 6 bulan tu insyallah rahim kuat.Sepanjang bella pregnant ni sampai 6 bulan alhamdulillah tak ada sebarang alahan atau mengidam yang bukan-bukan.Alhamdulillah rezeki bella.
Ok berbalik kepada shopping barang baby tu kan tips yang pertama adalah kalau ada baby fair or baby expo jualan murah silalah pergi ye.Kalau rasa diri tu tak larat upah la personal shopper untuk belikan awak.
1)Baby fair/Baby expo Mid Valley
Yang ni antara yang famous jugak la dalam malaysia.Tak silap setahun 3 kali dia buat awal tahun tengah tahun and hujung tahun.Masa yang tengah tahun tu bella pergi jugak tapi pergi survey je sebab masa tu baru 3 atau 4 bulan bella pregnant.Tak beli ape pon just survey-survey barang yang murah kat sana.So far yang murah kat sana pampers la. Dia jual kombo 4 pack rm100,3 pack RM80 gitu la. Stroller ada yg murah ada yang mahal. Tengok brand.Ada kawan beli stroller dekat sana RM100 je. Bella cari jugak stroller RM100 tak jumpa pulak .Ada yang murah RM150 macam tu tapi span dia nipis. Kebanyakan stroller yang mahal-mahal je RM200 ke atas mungkin sbb masa tu bella tak cari betul-betul just jalan-jalan saja. Lagipon sana memang ramai orang uolls.
Tips
*Datang awal pagi expo bukak pukul 9.Silalah datang pukul 9 masa tu parking banyak lagi.Pagi ramai jugak orang tapi tak la sesesak tengahari dan petang
*Pernah pergi sana tengahari , tak ada parking pusing da 3-4 kali dah.Last-last parking dekat hotel sebelah mid valley sejam RM10.
*Kalau tak ada parking sangat silalah pergi ke kl sentral parking lrt.Parking situ then ambil teksi or grab car pegi mid valley.
*Listkan barang yang hendak dibeli sahaja.
*Dapatkan katalog baby fair online atau di pintu masuk baby fair.Tengok offer yang menarik dan target untuk pergi ke booth tersebut tak buang masa nak cari offer.Kat sana ramai orang bersesak-sesak.

Masa bella pergi sana tak beli apa pon beli susu ibu mengandung je enfamama satu kotak RM20 kira murah la.Selalunya beli susu anmum RM24 sekotak.Bella grab la 2 kotak terus.Nak beli 3 kotak terus sebenarnya tapi time tu tak bawak cash banyak pon dah kate nak window shopping hehe.
2)Pureen Warehouse
Bella ada survey jugak orang kata pureen warehouse ni murah-murah barang dia.Lagipon pureen ni antara jenama yang famous kat malaysia.Tak rugi la kalau beli.Pureen warehouse baru ni di kl bella pergi dekat petaling jaya.Tempat agak jauh sebab kawasan kilang.Sebelum pergi tu ada jugak orang cakap sana susah nak parking.Masa kitorang sampai pukul 9 pagi tu memang masa tu parking dah penuh tepi jalan.Husband masa tu drop bella dekat warehouse pureen sementara dia cari parking.Parking memang jauh gila.Then husband tunggu dalam kereta saja.
Tips
*Sila bawa bag plastic ikea sendiri/troli pegi pasar bawak satu atau dua dah cukup so masa bayar tak payah gendung plastic banyak.Banyak berat dan plastic mudah koyak.Bag ikea heavy duty.Plastik caj 20 sen.
*Datang-datang serbu baju dulu lamabat serbu baju.Baju habis personal shopper ramai kat sana.Dorang beli berkotak-kotak.

Masa datang tu terus cari bahagian baju sebab kalau korang tumpu bahagian sabun-sabun takut baju semua licin sebab ramai yang serbu baju baby.Baju baby RM10.Tak jauh beza sangat la kalau beli kat mall or kedai baby beza dalam rm2-3.Tapi pikir-pikir balik kalau beza RM2-3 kalau beli 5 helai dah jimat RM10 kat situ.Masa tu tak tau nak cakap ramai yang berkerumun pilih baju.Dia ada jual baju sahaja RM5,seluar sahaja RM5 so satu set RM10 la kan.Tapi stress bila jumpa baju je.Seluar dah tak ada,Last2 bella pergi dekat bahagian lain ada jual RM10 satu set.Terus rembat 2 helai lengan pendek 2 helai lengan panjang.Bila dah balik rumah menyesal kenapa tak ambik lebih haha.
Bahagian toileteries baby macam wet tissue,shampoo baby dan sabun pon murah.Wet tissue 200 helai RM10 murah ke?Bella rasa murah dah.Bella beli 2 set so 400 keping cukup la untuk 6 bulan kot.Kahkah then beli sabun bawah RM10(harga asal RM16) and shampoo bawah RM10(harga asal RM16 sebotol).Bella beli satu botol shampoo satu botol sabun. Lepas tu beli refill.Refill murah sikit tapi refill sabun dengan shampoo tak ada.Ada refill head to toe maknanya boleh pakai dari kepala sampai badan.Refill beli 2 pack satu pack RM7 murah la kan rasanya ni pon boleh tahan 6 bulan insyallah baby pakai sabun sikit je kot hehe badan dia kecik.Then beli bedak travel cenonet RM6.Bedak besar 2 botol free satu bedak kecik 100ml RM12 ok la kira murah la kot bagi bella.Bella amik satu set kombo je bedak ni tak la ajar dia berbedak sangat bedak tak elok sangat untuk baby.Kalau nak baby wangi letak lotion.Boleh wangi lepas tu lembutkan kulit.
Masa nak balik tu kan ramai gila orang bella tengok yang beli satu kotak terus.Satu kotak barang mandian,satu kotak wet tissue haha gile la.Bella dok fikir-fikir nak buat benda yang sama sebab murah kan takut balik kang menyesal.Yelah sabun shampoo kalau beli RM16 sebotol tapi diorang jual RM10 jimat gile.Tapi pikir-pikir balik tak payah la.Anak baru sorang je sabun shampoo pakai sikit kot yela baby badan cenonet.Yang bella beli tadi dah cukup stok untuk 6 bulan kot insyallah.
3)Mydin
Orang kata mydin murah kan.Bagi bella la kalau beli borong bedak and barang mandian dia memang murah tapi kalau beli satu-satu je tak la murah mana.Baju paling murah RM10 kalau beli kat kedai biasa kat luar pon ada baju RM10.Baju murah tapi kualiti pon ikut harga baju la.Baju baby yang paling murah rasanya RM10.Bila tgk kain keras.Compare dengan pureen RM12-RM13 baju dia mahal sikit jela tapi kain lembut.Takpela beza RM2-3 je.Janji baby selesa pakai kan.Kita pon kalau bole nak pakai baju yang selesa kan tak panas kain lembut.Jangan dok pikir badan kita je ok pikir jugak anak yang nak pakai.Dia pon ada perasaan.Pesanan dari shopaholic hahahaha.
4)Sogo
Sepanjang pregnant ni seingat bella adalah 2 kali rasanya pegi sogo.Sekali tu pergi sogo sebab nak bei baju husband untuk buat pergi kerja alang-alang survey la skali barang baby.Masa bella pergi tu SOGO Members Day.So survey-survey harga tak adalah murah sangat depends kepada barang.Baju babay tak banyak sangat diorg offer.Diorang banyak offer baju kanak-kanak atas setahun.Then masa pergi tu rasanya yang murah bantak RM7 and botol tomee tippee RM40 je korang murah dah tu,Kalau pergi baby fair pon rasanya paling murah RM35 sebotol.Ni RM40 untuk 2 botol sebotol jatuh RM20 je murah-murah sila la beli.Mula-mula ingat nak borong banyak-banyak yelah murah kan.Pikir balik tak payah la takut anak tak serasi dengan botol tu kan dah membazir nak beli botol lain.Kite cuba dulu 2 botol.Banyak lagi benda nak beli!
5)Longwan.
Longwan ni dia mcm supermarketla tapi macam mini supermarket bella selalu la tengaok dekat fb group ibu mengandung beli baju baby sini murah.Memang murah baju baby boleh dapat RM6-RM8 tak sampai RM10 pon tapi kualiti dia tak berapa la bagi bella sebab baju dia banyak yang jarang.Pilihan pon tak banyak dekat tempat bella.Dia ikut cawangan jugak.Ada setengah cawangan banyak pilihan.
Second time bella pergi sana ialah waktu baby fair SOGO.SOGO pon ada baby fair jugak hmm smaa jugak la takde la sales gila-gila diorg buat sales pon sesetengah barang.Dan jenama Baby Love.Tak berapa familiar sangat dengan jenama tu.So tak beli.Macam stroller,car seat dan baju pon diorang just offer 20-30 percent sikit sangat offernya.Tak berbaloi.Better pergi baby fair dpt harga yang gile-gile murah.
Kesimpulannya cehh siap kesimpulan kalau nak beli barang baby harga berbaloi-baloi silah pergi baby fair TCE expo dan Warehouse Pureen sahaja.

No comments:
Post a Comment