cursors

perkara yang aku belajar dalam hidup

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan...

aku selalu fikir hidup ni cuma sekali je.. so bella takkan sia-siakan kehidupan bella yang satu ni..kita amik contoh bab makan .. ade antara kawan-kawan yang takut mencuba makanan..contohnya tak nak makan sushi contoh!apabila ditanya kenapa tak makan sushi diorang kate tak penah makan so diorang assume benda tu tak sedap.bila bella suruh diorang try diorang tak nak.. bagi bella hidup cuma sekali so kita kene try even sekali .. kalo da try sekali kita rase makanan tu tak sedap so jangan makan lagi .. begitu la dalam seharian kita kita mesti cuba cuba dan cuba lagi satu perkara yang bella suka sangat ialah aktiviti lasak macam wall climbing,panjat gunung,go kart,kayak.. actually bella seorang yang gayat tapi bella nak jugak merasa panjat gunung contoh baru-baru ni bella panjat bukit broga .. bukan senang bella nak panjat sebab bella seorang yang gayat,tapi bella beranikan diri nak naik... sampai bila kita nak jadi seorang yang penakut?kalo takut tengok je la gambar ,dengarkanla cerita  daripada bukit broga.. menngaga




Be want you want 

kekadang kiter terlampau fikirkan orang lain sampaikan kehendak kita sendiri tak dapat ditunaikan... terlalu fikirkan orang lain .terlampau fikirkan orang lain takut sangat orang ketawakan kita.. be your self.. biarkan mereka nak cakap ape.. mama selalu pesan jangan fikirkan sangat orang lain kekadang kita kena penting kan diri sendiri,kita nak fikirkan orang gelakkkan kita dia de bagi kita makan ke?tak ade ape yang mereka bole bagi.. kita kene sayangkan diri kita sebelum sayang kan orang lain



Senyumlah selalu tak susah pon nak bagi senyuman yang ikhlas

ade antara manusia yang gah bila berjalan rase diri dia cantik pandai,kaya, maka dengan serta merta dia memilih sahabat,tak nak berkawan dengan orang yang tak setaraf,bagi mereka senyuman tu tak perlu kot untuk orang yang tak setaraf.. senyumlah selalu .. kekadang kita tak bole nak bagi kebahagian dekat seseorang melalui wang ringgit tapi percaya tak dengan sebuah senyuman yang ikhlas bole membuat kan diri kita bertambah cantik dan orang yang memandang berasa tenang... senyuman itu sedekah dan tak susah pon.. :)



Jangan menilai seseorang daripada luaran

kalau dalam bahasa english bermaksud judge its book by its cover... jauhkankan la bende ni daripada mind set.. bella pon kekadang suka buat andaian macam tu.. pantang nampak orang yang jarang senyum tu assume orang tu sombong.. kebanyakan orang yang bella assume semuanya tak betul!! dulu masa semester pertama masuk uitm nampak macam macam gelagat dekat uitm so bila sape-sape muka yang bella tak berkenan bella assume dia kerekla ,sombong la,and macam-macam lagi tambah-tambah kalo dia buat hal sikit kita da kutuk dia habis-habisan siap benci lagi dengan dia.. tapi bila bella da kenal dengan orang-orang berkenaan tangapan bella meleset sama sekali... selalunya orang yang bella nilai dari rupa paras palsu belaka tengok minah ni macam sombong tapi bila da kenal gila-gila jugak orang nya. macam tu la.. okies 




Think positively

hidup ni penuh dengan cabaran setiap cabaran ade hikmahnya ... macam bende kecik-kecik dalam hidup kita.. macam satu hari kiter hilang barang cari bagai nak rak ni.. tak jumpa-jumpa..so atlast ambil keputusan kemas rumah,..so bila da kemas baru jumpa barang tu.. so ape hikmah dia?heheh hikmah dia bila barang kita hilang kita serta merta kemas rumah.. dah bersih da rumah... kalo dalam kehidupan ade macam2 rintangan so kita kene fikir positif dan setiap satu ade hikmahnya...




Jangan mencari kesalah orang lain cari kebaikan...


kalo ade seseorang yang kiter rase menyampah mesti kiter cari kesalahan... and serta merta kebaikan yang dioramg buat kita tak nampak sebab ape sebab kiter asyik mencari kesalahan dia.. jangan mudah benci kat orang nanti tersayang.oopsss haha gurau semua orang melakukan kesalahan ,cuba hilangkan api kemarahan dan fikirkan kebaikan.. macam dalam family kiter,kiter tak suka dengan kakak kita mungkin ade persilisihan faham cuba carik kebaikan disebaliknya.. mungkin dia penah tolong korang buat kerja rumah,back up korang depan parent ahhaha itu da biasa... :p




Hargai orang disekeliling anda sementara mereka masih ada

hargailah detik2 bersama keluarga anda sementara mereka masih ade.. raikan hari raya ini dengan mereka dan hargailah detik bersama kita tak tahu ramadhan akan datang samada kita bole meraikannya bersama-sama.Bella kekadang tak bersyukur dengan family bella.. bella selau berangan jadi princess diaries miskin tetiba jadi kaya and happy dengan keluarga yang rapat sangat macam kawan baik. tapi bila dipikirkan balik bella bertuah ade parent yang jaga bella kecik sampai sekarang ,walaupon tak kaya sekurang2nya bella tak penah merasakan kesusahan yang amat sangat.. rezeki yang Allah bag mencukupi .Orang yang takde parent  lagi sedih..dapat bayangkan kesedihan mereka.. so bersyukur sgt2 tak dapat bayangkan kesedihan kalo bella takde family hargai bestfrenz anda sebab kawan tak selamaya boleh berada dia samping kita,mereka bukan milik kita... tapi dengan menghargai mereka sekurang2nya biar mereka rase penah ade orang yang sayangkan mereka.mereka mungkin meninggalkan kita atas sebab berpindah,so bila itu terjadi kita tak rase menyesal sebab kita dah cuba jadi kawan terbaik... dan kawan yang terbaik akan diingati sepanjang hayat....






















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...