cursors

Hari yang tak berapa nak indah sangat la kan!

Ok harini aku habis kelas dalam pukol 12 then balik aku tak tau nak balik naik ape.. aku actually plan nak balik amik bas daripada uitm straight away ke pekan and then amik bas transnasional yang dijadualkan pukul 12 lebih macam tuh, dah setel balik k.l.. by then aku punya plan lain yang jadi.. biasa la.. kata orang kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan.. cewahhhhhh

Ok balik tuh aku mintak tolong seri my classmate tolong tumpangkan aku sampai pekan so that aku bolehla naik bas dari pekan.. but then housemate seri nama  fash nak balik ipoh and baru nak try naik bende alah yang laju tu.. ETS dr kl sentral ke Ipoh then dia kata dia tak reti and need someone to accompany her... so alang-alang im offering to teman dia la.. so plan balik naik bas tak jadi.. aku naik kereta housemate seri...


Then bila sampai je kat kl sentral aku teman fash beli tiket kat ETS.then agak tekejut jugakla ETS ni berfungsi,, kalo biasa kan korang naik lrt or ktm korang just beratur kat kauter dia right?ETS kat kl sentral ni lain pulak.. dia kene amik nombor dulu.. huhuh sangat leceh.. tapi nasib baik que dia tak lama kalau tak aku cekik-cekik haha(orang yang tak reti sabar mmg camni).Then bila nak naik ETS tu masa tuh pukul 3.05 then kitorang tengok jadual ade train pukul 3.10 by then aku ingat huh nasib baik timing baik punyaaaa then bila kitorang nak tempah tiket akak tu cakap


Us:Tiket yang paling awal pukul brape?
Sis:pukol 5.30
Us:ha?pukul 5?dalam jadual ada pukul 3.10?
Sis oh yang tu jadual tu takde la dik.. yang ade pukul 2 and pukul 5 je...

Then nak tak nak fash belila tiket ke ipoh tu... kesian dia.. kene tunggu pukul 3 sampai pukul 5 .. dah tu kene berbuka dalam train.. sob-sob sedih... then kitorang berpisah dekat kl sentral ... aku rumah aku dekat je dari kl sentral just amik lrt satu stesen ,lepas tuh stesen bangsar,, lucky me right??

Tapi ade suatu benda yang buat aku tak bertuah.. waaaaaa panjang gilaaaa line nak beli tiket lrt... selalunya tak ramai sangat.. and aku selalu beli tiket dekat mesin je sebab senang tak payah beratur nad just guna rm1.. ni mesin pon dalam lima mesin "satu mesin" je yang bole guna. Im like what??pastu aku membuat satu keputusan drastik iaitu dengan membeli kad touch and go di mesin.. dengan semena-mena aku check duit dalam purse rm50!huh masalah-masalah.. aku nak balik bangsar naik lrt rm1 je... tapi masalah rm1 pon takde dalam purse... :(

Pastu aku pergi beli kek indulgence secret resepi so bole tukar duit!bila aku da tukar aku bersorak riang ke mesin touch and go guess what kad dalam mesin tuh habis.. mula la aku naik angin... lepas satu-satu.. penat je aku pergi beli kek indulgence semata-mata nak tukar nak beli kad touch and go.. then naktaknak terpaksa la aku turut beratur line yang amatla panjang macam keretapi tuh..

huh atlast aku sampai juagak ke rumah... dalam kepala aku lesson for today belilah touch and go.. berbaloi-baloi

Antara kelebihan touch and go

1. berguna bila takde duit pecah lets say dalam purse cuma duit besar rm50
2.berguna kalau time-time orang beratur panjang nak beli tiket

Lastly tak menyesal beli bende yang berguna itu.. the end.. :p

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...