cursors

siapa reti anyam ketupat? angkat tangan!

Teringat balik raya haritu sedara punya la ramai adik beradik belah ayah ada 9 orang cucu ada 50 orang,, pastu cucu yang besar-besar ramai la jugak.. dalam  30 orang, tapi dalam banak-banyak tu hanya 4 orang je yang reti buat ketupat ni.. dalam salah seorangnya adalah aku,...hahah nak jugak mention.. tapi aku takde la pandai sangat nak menganyam... anyam ni agak susah jugak la bagi aku.. dia memerlukan skill dan kesabaran yang tinggi...

Raya baru ni  bila aku balik kampung aku tengok sedaera aku da siap beli daun ketupat yang da siap anyam.. dia upah orang untuk anyam... bila aku pegi pekan kat muar aku tengok ramai yang jual ketupat yang da siap anyam... bagi aku tak kira perempuan or lelaki kene belaja anyam daun ni.. kalau nak beli kat luar pon boleh tapi lebih elok anyam sama-sama masa kat kampung.. sambil-sambil anyam boleh join mak cik- mok cik bergosip dan dapat mengeratkan silaturrahim.. tak gitu??



Kalau tak silap satu ketupat anyam harga dia dalam rm0.30, memang la nampak murah kalau sebijik.. takkan raya nak beli satu kan?mesti sekurangnya beli seratus kan??10 ketupat rm3 kalau seratus berapa?? yelah.. sorang makan dua ketul ramai kali la sendirik hahahahha

Macam aku, penah sekali masa raya tengah-tengah syok tengok t.v pastu mak cik aku panggil aku dia suruh belajar menganyam.. yelah dalam rumah tu dia sorang je yang reti menganyam.. yang lain pandai makan anyam tak tahu.. mak cik aku ajar step by step then aku try sampai kecut daun tu.. ak selaju mak cik-mak dalam dua hari aku belajar aku reti asas je.. bila tahun ke dua raya aku try lagi.. alhamdulillah berjaya.. tapi tak selaju mak cik-mak cik yang dah pro.. aku tengok ligat je tangan dorang menganyam...

Siapa-siapa yang tak reti menganyam cuba-cuba la belajar.. mula-mula memang susah tapi bila dah lama-lama dah mahir dah.. sebenarnya tak susah sangat nak buat ketupat.. cuma kene sabar... aku pon belajar ambik masa 3 tahun(time raya je la) sekarang ni yang pandai buat ketupat orang tua-tua je.. nanti kalau zaman cucu cicit kita dah takde orang yang reti buat...

sekarang ni ada yang instant dia ketupat segera or ala-ala nasi impit.. bagi aku rase dia sama je macam makan nasi... tak sedap!ketupat lagi sedaaap =)

3 comments:

rara pinkmafia said...

sedap dimakan,susah dibuat.rara tak reti anyam.hehehe

siti kektus said...

reti2! ( berlagak ) haha


tau buat ketupat bawang je lah. yg lain tak tau. hehe



selamat hari raya! ;)

Liza Razak said...

saya pon x pandai nak anyam..kena belaja jugak ni :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...