cursors

kenapa semua orang cakap pasal bulan(moon halo)?

Cuba anda tengok bulan dibawah pelik x?



Sebenarnya mengenai bulan ni bella tahu apa bila seorang kawan mendakwa terlalu ramai yang post mengenai bulan ini.Mari kita sama-sama share =)

Fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan yang berlaku kira-kira jam 10 hingga lewat malam tadi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu.

Penolong Pegawai Sains Observatori Negara Langkawi, Karzaman Ahmad, berkata fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.

"Cahaya bulan itu akan dibias dan dipantulkan oleh kristal ais maka cincin yang kelihatan di sekiling bulan itu adalah cahaya bulan yang terserak.
"Cincin tersebut sepatutnya berwarna pelangi namun disebabkan bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri (bulan hanya memantulkan cahaya dari matahari) maka kesan warna itu amat terhad dan tidak kelihatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, fenomena itu juga berlaku bergantung kepada ketulan awan sirus yang berada di atmosfera selain terhasil dalam sudut dan bentuk yang berbeza dalam kristal ais.

"Moon Halo yang terhasil bergantung kepada bentuk kristal ais...ada yang berbentuk heksagon namun malam tadi ia terhasil pada bentuk cincin, sudut 22 darjah," katanya.

Karzaman berkata, fenomena yang berlaku kira-kira lima atau enam bulan sekali itu turut berlaku pada matahari dan dikenali sebagai "Sun Halo".
Beliau turut menolak dakwaan sesetengah individu yang mendakwa bahawa kejadian tersebut memberi petanda sesuatu kejadian buruk akan berlaku kepada bumi.

Lewat malam tadi, ramai di kalangan pengguna laman sosial Facebook dan Twitter yang memuat naik gambar serta membincangkan tentang fenomena itu, yang dikatakan aneh serta menimbulkan pelbagai reaksi.



Aku ada dengar jugak kemungkinan petanda ni merujuk kepada tsunami yang akan melanda lagi dinegara ini.Wallahualam,saya hanya menyampaikan....

4 comments:

Elie Lily said...

agk rugi pada sesiapa yg tak tgk bulan malam tu..cantik betul! :)

bella hamzah said...

yeke bella la tuh salah seorang :( ketinggalan jaman.. heheheheh

Pendamba Mawar said...

semua bercakap pasal ini.mungkin ada petanda untuk sesuatu yang akan berlaku

bella hamzah said...

tulah.. mmg ramai yang cakap dan semua beranggapan ada sesuatu akan berlaku.. takutnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...