Katanya nak amik mood romantis,alahai kat malaysia ni takde ke tempat yang romantis?? huru hara ke? Tetamu yang hadir hanya dalam jumlah yang sedikit.Yelah tak semua yang mampu nak pergi sana semata nak hadiri majlis perkahwinan kalau di sponsor bolehlah.Ape pon tahniah diucapkan kepada Fasha Sandha dan jejai atas perkahwinan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya....
Fasha Sandha Kahwin
Aktres popular, Fasha Sandha dan pasangannya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), 36, akan melangsungkan perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, pada 29 April ini.
Sumber berkata, persiapan majlis yang bakal dihadiri 100 tetamu termasuk keluarga, rakan terdekat dan wakil media itu hampir selesai, malah busana pengantin serta jurusolek pilihan juga sudah ditempah sejak awal tahun.
Walau sebelum ini ramai meneka mereka akan melangsungkan pernikahan di Jakarta, Indonesia, ia tidak benar. Sebaliknya pulau peranginan eksotik iaitu Bali menjadi pilihan kerana mood romantis yang wujud di pusat peranginan terkenal itu.
Desas-desus mengenai berita pernikahan dan persandingan pasangan sensasi yang sudah lima tahun menjalin cinta itu semakin hangat apabila laman sosial menyiarkan gambar mereka mengikuti kursus kahwin, hujung minggu lalu.
Terdahulu, pelakon yang mengakui akan mengadakan majlis perkahwinan di luar negara itu pernah mengeluarkan kenyataan, dia hanya akan mengundang enam teman media yang dipercayainya saja ke majlis bersejarahnya nanti.
Akuinya, biar tiada niat mahu merahsiakan perkara baik, Fasha lebih senang membiarkan peminat berteka-teki dengan alasan belum bersedia dan hanya menunggu waktu yang sesuai.
P/s Bagi saya rasa Nikah dekat Tanah Suci lagi berkat.
9 comments:
finally kawen jgak diorang ni =D
bila bella pulak nak buat kenduri?
anis:ahhah tau tak pe gosip sana sini nafi tup2 kawin...happy ending ngee
kak liza:hehe lamo lagi.. 3 tahun lagi.. ngeee
nak kasi propa, mesti lar oberthesea, padahal, byk jer pulau cantik kt Mesia nie.
pe2 pun mg perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.. :-)
lizzie :hehe tu lah
kak intan insyallah moga2
cantik tp tk berapa berkenan dengan Fasha
DO FOLLOW MY BLOG YA.. http://sheilanasir.blogspot.com
Ada duit camtu la, tp apalah salahnya kan buat kat Malaysia bg mengahrgai peminat..
kak myra tu la huhu dua2 kaya kot apa salah buat kt msia pastu g la honemoon kat sana.
Post a Comment