cursors

My Nestle Incredible Story


NESTLE 100 TAHUN DI SISIMU Fuhh lama jugak yeer nestle ni berada di samping kita :)



Bella nak story sikit mengenai nestle actually nestle ni salah satu company ang famous dekat Malaysia.Macam-macam produk dikeluarkan.Tapi harini bella cerita antara produk yang paling popular di kalangan kita.Antara produk nestle yang menjadi kenangan bella adalah  








Actually produk nestle ni jenuh nak review satu-satu tapi dalam banyak-banyak produk nestle produk ni la banyak kenangan dalam hidup bella.



Teringat dulu masa kecik-kecik milo ni kira macam ubat tido kitorang adik beradik tiap-tiap malam.Setiap malam sebelum tido mama mesti buat milo dan tak tau nape lepas minum milo mesti rase mengantuk semacam.Hehe kalau nak tahu adik beradik bella Hantu milo sehari dua jag milo mama buat untuk kitorang which is pagi before pergi sekolah dan malam sebelum tido komem dua jag habis.

Masa dekat sekolah dulu bila lori milo kaler hijau datang kat sekolah like woaaah jakun semacam tengok milo macam tak penah minum milo. Abang lori yang buat milo tu buat sedap sangat! tak tahu dia letak ape heheheh sampai beratur dua kali la nak dapat sample milo (mengandaikan abang milo tak kenal :p) korang pon mesti ada yang buat macam ni kan?? tipula tak penah jakun lori milo datang sekolah!

Dulu masa sekolah teknik duduk asrama mama kasi la bekal 3 in 1 milo untuk minum kat asrama,time tu share-share dengan kawan-kawan minum milo cicah roti.sedaaaaaaaaaaap 

Now bila dah besar still minum milo and kerja dengan milo heheheh ala takde gambar nak bagi tengok Terlalu sibuk sampai lupa nak tangkap gambar bella kerja.Minggu lepas bella kerja dekat One utama damansara jadi promoter milo ala kalo korang selalu pergi supermarket kan dia ada kasi sample air free cawan kecik haa tu lah kerjanya! Saje je tak nak kasi tau awal-awal kat blog takut semua pakat serbu pergi OU hahaha bagi bella kerja tu best tengok budak-budak suka benor datang booth mintak air kita jadi seronok.Bella kerja part time je dua hari je.Tu pon weekend sementara nak cari keje lain kan.Cukupla tu sehari keje dapat RM100 banyak kan?dua hari keje dah RM200 siapa nak kasi RM100 sehari?senang je keje dia just bagi sample air dekat customer pastu pokpetpotpek sikit dah.Pastu bella tak sambung balik penat nak angkut ais bagai badan bella ni kecik je tak larat(gewdikkk)



Maggi pulak kenangan masa dekat sekolah teknik dulu budak lelaki  kat asrama tu siap pakat ramai-ramai makan maggi dalam baldi.Itu budak lelaki okay! budak perempuan ni bersih sikit dia pakat makan dalam bekas plastik besaq.seronok betui bila makan maggi ramai-ramai.

Perangai ni di teruskan sampailah masuk universiti.Time masing-masing malas nak masak dan malas nak keluar rumah so ianya berakhir denagn makan maggi di rumah sewa.Maggi adalah cara mudah nak masak dalam jangka masa yang singkat hanya dua minit sahaja.Masak maggi bubuh telur perghhhh terbaik hurm rindunya nak makan maggi masakan housemate saya Fyna dia sangat terer masak maggi dia masak maggi kari campur sos cili sedap sangat.

3 comments:

Syat0za Zai said...

hye akak promoter milo! haha :D

goodluck :) zai x dpt masuk contest ni..kene 18tahun ke atas.. adeh.dah umoq 18 la ni..huhu

bella hamzah said...

hehe thanx adik :) hehe takpe next time ada lagi.. :)

Syat0za Zai said...

insyaAllah :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...