cursors

Penukaran nama pada tiket Air Asia

Assalamualaikum,

Harini bella nak share pengalaman bella tukar nama pada booking Air Asia.Baru baru ni bella pergi ke Bandung.

Ini adalah pengalaman pertama bella beli tiket dengan Air Asia.So bella tak tahu sangat macamana nak isi form

Firstly masa mula-mula kita nak be air asia akan suruh kita isi form First name and Last name.Contoh la nama bella > Nadia Nabilah binti Hamzah.

Dekat first name "nadia" last name "nabilah" SALAH! Cara yang betul adalah first name Nadia Nabilah Last Name Binti Hamzah.Take note uolls yang nak isi form air asia. Ada sentengah orang cakap kalau dalam negara tak apa kalau tak lentak binti kalau luar negara strict sikit.

So Sebelum nak flight kan kita kene buat web check in.Web check in ni kira macam kita da confirm detail kita dan kita boleh print tiket terus guna printer sendiri la.Guna kertas A4.Nak print tiket dekat KLIA terus pon boleh tapi kene datang awal la takut ramai yang que dekat kaunter.So bila bella nk buat web check in baru perasan nama salah .Kurang seminggu bella nak fly kot!

So berbalik kepada nama tadi kesilapannya adalah
1.Terbalik Nabilah Nadia
2.Tak letak nama ayah

Kalau kesilapan macam bella atau pon kesilapan "ejaan" Air Asia boleh tukarkan tapi kalau kita nak tukar nama orang lain TAK BOLEH kene beli tiket baru.

So seminggu sebelum bella nk check in baru sedar nama terbalik.Untuk nama ayah tak risau sangat sebab orang kata tak payah letak pon tak apa.So bella try pergi kaunter Air Asia nak betulkan nama terbalik tu.Tunjuk dekat kaunter.Diorang cakap nama ayah tak ada tak lepas.

So ada 2 cara nak betulkan pergi ke account booking > isi eform

1.Isi eform 
  -Kene attach sekali ic
  -passport

2.Live Chat Air Asia
Bila dah isi form air asia akan bagi nombor case melalui email.Diorang akan email supaya tunggu confirmation daripada mereka.Tak payah tunggu email.Just salin nombor case lepas tu bukak live chat air asia > bagi nombor case dekat customer service.Diorang akan betulkan On The Spot.Dalam masa 5 minit je.Cuma nak masuk live chat nak chat dengan staff Air Asia ambil masa dalam sejam biasanya.Tips korang bukak je live chat dulu biarkan je dulu minimizekan atau biarkan je, lepas tu buat kerje lain.Bajet la masa dalam sejam.Jenuh kalau nak tunggu sejam.Sejam kemudian datang balik dekat live chat.Dinasihatkan live chat guna komputer/laptop.Kalau guna handphone banyak terjadi "lost connection" jadi korang kene daftar balik tunggu lagi sejam.Pernah terjadi lost connection 5 kali masa live chat guna handphone.Guna laptop tak ada pulak lost connection.Fed up giler last-last pinjam laptop adik.Dan pastikan internet laju ok.Live chat ni 24 hour okay jangan risau.

3.Twitter
 Pilihan lain kalau korang jenis malas nak tunggu live chat korang boleh twitter je air asia.Bella mula-mula tak percaya betul ke twitter ni laju diorang balas.Bole ke solve problem kita melalui twitter.Boleh! Tengok ramai yang tweet pasal penukaran nama. Bukan iolls sorang je okay. Korang just tweet je" AskAirAsia" korang just cakap nama korang salah ejaan/terbalik.Staff Air Asia boleh betulkan On The Spot.Twitter ni pon ada office hour nya tau bukak setiap hari dari pukul 9 pagi-6 petang sahaja.

4.Pergi ke kaunter Air Asia.
Macam bella rumah jauh dari KLIA bella just pergi kaunter Air Asia KL Sentral.Tapi diorang boleh edit dalam masa 7 hari.Kene bawak salinan ic dan salinan passport.Tak digalakkan sebab proses dia lama.Air Asia Kl sentral tak boleh betulkan ondaspot.Diorang akan bawak case ni ke HQ.Then HQ yang akan betulkan banyak proses.Dan mengambil masa yang lama. Lebih baik gunakan twitter atau live chat.

Lastly bella dapat edit nama pada pukul 12 malam.Selepas try 5 jam sebab guna handphone.Nak check in dekat rumah tak ada printer.So check in dekat kaunter.Tanya staff Air Asia betul tak nama saya ikut passport.Dia cakap betul.Cakap dengan dia betul tak binti tu.Staff tu cakap tak ada binti pon tak apa dik.Mengarut je diorang ni letak binti hahahahah penat je den.Lepas tu bila dah print tanya staff tu cakap kene bayar tak tiket print tiket ni. Sebab hasil daripada google diorang cakap nak print dekat kaunter kene bayar RM10.Staff tu cakap international TAK PERLU BAYAR

Masa diorang dah print tiket tu dia akan jadi binti hamzah/nadia nabilah.Jangan risau normal.Sebab Last name diorang akan letak depan nama kita.

Bila diorang check tiket diorang akan koyak tiket kita dan tiket bella jadi "Binti hamzah" ,Nama ayah je ada.Nama bella tak ada hahaha patutlah akak tu cakap mengarut.Betul pon.

So ini adalah tips untuk korang yang nak tukar nama ikut passport.Hopefully entry ni bermanfaat untuk semua lagi-lagi yang first time beli tiket kapal terbang macam bella.

33 comments:

Anonymous said...

Thanks for sharing dik...

eka said...

ohh. jadi tak tertype binti pun boleh juga la ni maksudnya? tak ada masalah?

Unknown said...

If nama dlm tiket kita tu milah tpi dlm ic mila je..kena tukar je x sis?
Mksdnya nma dh btl tp huruf lbh pla

nurrainmohdsaid said...

sy tolong reply. boleh kalau fly dosmetic (dlm negara) kalau fly overseas kena betulkan ikut passport or ic. sebab negara kan lain2 ��

Unknown said...

SALAM..Saya nak tanya...kalau nama kawan saya tu NOR FARHANA IBARAHIM....Tp saya salah letak FARHANA IBARAHIM je...so mmg kna tukar jgk ke... k boley lepas...tq///

mikasan88 said...

Fuh..nasib baik sis letak entry nie..haha terkejut bila nk buat web check in name terbalik..nasib baik cari@ tgk sis pos ttg nie..lege..terima kasih. post yang bermanafaat.

Anonymous said...

Kalau nama ayah ada alias (@) macam mana ye.. saya try tulis @ tapi tak boleh proceed booking

Anonymous said...

Saya dah cuba e-form..dia kata hanya comunity users je dapat save case..apa maknya nya tu?

Anonymous said...

Contoh nama kita ada @ mcm Ali @ Abu.. Boleh tulis ali je..

Anonymous said...

Rasanya yg ada acc airasia je

Anonymous said...

Boleh.. X perlu letak binti pun

Anonymous said...

Bukan ini reason dia dik "Bila diorang check tiket diorang akan koyak tiket kita dan tiket bella jadi "Binti hamzah" ,Nama ayah je ada.Nama bella tak ada"

Nope. Staff airasia akan koyak tiket x kisah pun dekat mana. X smstinya dia koyak dkat nama kita.. Reason kita x perlu letak binti sbb last name tu mmg khas utk nama ayah.. Binti/bin tu bukan nama ayah..

Sue hainy said...

Aduh legaaa bc entry nie...klu cntoh nma dlm ic SU BINTI MOHD...tp sy pg letak SU BT MOHD blh tuka jgk x ek?flu overseas.pls sape2 yg th reply..tq in advance smua.

Sue hainy said...

*fly

suhaida said...

sy ad belikan tiket untuk kawan sy .name die rossam bin gimon tp sy letak rossam bin simon salah 1huruf je .kne tukar jugak ke

Unknown said...

Macamana jika nama ayah ada @ ye. Contohnya Aminah binti Ali @ Ahmad. Tq

Unknown said...

Salam nak tanya, mohon reply asap sebab flight saya esok tengah hari. Just nak confirmkan. Ticket saya tak ada binti sebab my dad's friend yg book kan and he's chinese. So mmg betul tak apa ke sebab saya akan fly pergi Krabi, Thailand

Unknown said...

Slmt mlm, ...Oh kiranya bin/binti xletak pon xapa la, syukur pening kepala pikir, sy beli tiket ank buah xletak bin, terlupa, so tak paya pergi kaunter tukar nama pon boleh la ne, sb esok dah penerbangan ank buah,

Unknown said...

Nama passport betul ejaan tapi nama dekat keluarga tak sama tak apa ke

Anonymous said...

Hai saya nak tanya kalau sy terlupa letak nama mohd boleh ke?

Unknown said...

Haii...tolong bantu,boleh tak kita betulkan nama kita last minute kat airport??saya dah cuba kat online tapi tak ada respon ke aku yang salah isi form😢...pening kepala harap ada yang boleh tolong..

Unknown said...

Hai boleh tlong x kalau kita x letak nme penuh mcne ea..sb nme terlalu panjang..ape perlu sya buat..smlm beli harini bru perasan nme x ckup

Unknown said...

Hai cik boleh bgthu mcne cara cik selesai kn masalah terlupa letak nama ni. Sb saya pn mgalami pkara yg sma

Unknown said...

Bole x nama ayah tu abd rahman.. Sy lupe nk jarak so jad abdrahman.. Local fly je

Eyhaa said...

Boleh saya tahu mcm mana awk haritu? Lepas tak?

Unknown said...

Mcm nm klau nm ayah slh letak tpi nm kta tk betul...cuba nm ayah xsma blh kh

Unknown said...

Boleh x nk tukar tiket nama orang lain..

Unknown said...

Tq for sharing

Unknown said...

Boleh sy tahu sis bt mcm mna .sy tertukar Nama siti jd situ..

Unknown said...

salam nk tanya saya booking tiket kt mmbr nama dia abdul halim tp saya letak abd halim jaaa bleh x atau kna tkar..please reply ..dlm negara jaa

Unknown said...

Thank you
I also typed full name without the alias name.

Unknown said...

Selamat malam..maaf ganggu saya nak tanya..kalau nama saya betul tapi nama ayah saya kurang 1 huruf saya fly dosmetic sahaja..itu pun kene betulkan juga ke

Sthenney Binti Andrew said...

Salam ,nak tanya kalau contoh kita salah masuk ejaan boleh ke tukar ? Maksudnya nama dia Mohamad tapi sy tertaip muhamad..tolong jpp

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...