Ok actually cerita ni dah lama da ok kandungan nak masuk 3 bulan baru nak story mory hehe.Almaklum blog berhabuk.
So nak dijadikan cerita lepas je bella kawin, husband masa tu macam nak anak awal.Baru 3 hari kawin dah tanya pasal nak anak matilanak haha.Bella masa tu relax je ingat nak honeymoon dulu cintan cintun lepas 6 bulan kawin baru nak fikir pasal anak.
Tapi disebabkan orang dah mula tanya so perasaan nak anak tu membuak2 baru 2 minggu kawin weyh orang da tanya.Kau ngase??
Alhamdulillah lepas sebulan setengah kawin bella disahkan mengandung!
Masa tu cakap dengan husband jangan la berharap takut berharap sangat kecewa.So husband pon takdela tanya hari-hari.Lepas je seminggu kawin bella period damn.Husband cakap " ala relax la baru seminggu kawin" eleh dia tu lagi la 3 hari kawin da tanya :p
Lepas period tu ramai mak cik and kakak ipar cakap lepas period ni confirm subur.Tapi bella takde la expect sangat. Lepas je bella period badan rasa tak sedap rasa macam masu angin je 2 minggu pulak tu badan berangin macam kembung.Pastu rasa loya eh aku ni dah kenapa kan.Simptom nak anak ke?? rasa loya tapi abaikan tak nak terbawa-bawa.Masa tu terfikir badan berangin sebab perubahan mood ke sebab ada kawan ni cakap biasalah lepas kawin hormon kite bertukar.
Dalam masa yang sama saja la try beli upt beli 4 kotak.Try kali pertama tak naik langsung patutnya naik satu line atau 2 line la kan?Sudah esoknya try pakai yang kedua satu line! Macam frust.Yang ketiga pon sama naik satu line.Orang kata try pagi-pagi sebelum subuh gigih ni bangun pagi-pagi naik satu line kecewa.
Tak apa la ala relax la baru sebulan kawin kannn
Then nak dekat-dekat period tu kan sehari sebelum ada la test jugak mana la tau naik 2 line so esok-esok tak period kann so bella cuba la try satu line ok!
So esoknya bella patutnya period tapi tak period relax je la maybe sebab hormon baru kawin kan.Kawan bella cakap kadang-kadang period kite lari or kadang-tak datang langsung sebulan.Bukan sebab pregnant tapi sebab perubahan hormon.So esoknya tu bella pergi la rumah nenek.Nenek potong pulak buah nenes perh terliur tapi takut-takut jugak la makan tapi tak tahan makan la sikit 2-3 ulas.
Hari ke 4 selepas tarikh period bella tak period! Masa tu cuti wesak kot so bella cuti husband keje so duduk la sorang-sorang dekat rumah.Masa tengah baring-baring tu terfikir dah 4 hari dah tak period tapi dalam kepala ni cakap tak payah la check tunggu hujung bulan kalau tak period baru check mana tau period lari kan.Tapi ada satu suara jauhhh dalam hati ni macam berbisik "pergi la try! pergi la try!" Masa tu upt tu tinggal SATU je sayang giler nak guna.Bella malas nak check kalau negative membazir!
Disebabkan suara hati tu mendesak bella sampai terjerit sorang-sorang "yelah-yelah" terus pergi ambik upt dan try.Bile try masa tu tengahari.Naik 2 line!!! Bella macam tak percaya betul ke ni?? 1st time ok naik 2 line.Masa tu was-was jugak la takut alat tu dia rosak atau salah pakai sebab ada orang cakap tak valid kalau result lepas 5 minit.Bella tak kira lepas brape minit.Lepas tu fikir bella try tengahari betul ke result?? Kan orang cakap try pagi-pagi.
Lepas husband balik kerja ajak dia pergi farmasi dia cakap nak beli ape?Bella cakap rahsia,ingat nak buat surprise.Lepas tu masa nak pergi tu hujan then husband cakap tak pela nanti dia pergi beli cakap je nak apee tak payah ikut hujan.Then setelah didesak bella pon cakap la nak beli alat kehamilan.Husband cakap "ala relax la kite baru kawin sebulan kan".Me:"Hmm tau tapi saya try sebelum tu naik 2 line".Husband tanya 2 line tu maksudnya?? hahah tak tau nk gelak ke ape dua line pon tak tau. 2 line tu maksudnya pregnant la encik suami!
Ok lepas tu kitorang pergi beli lagi alat tu and naik lagi 2 line! confirm pregnant hehe tapi still tak sure jugak sebab ada false result maksudnya kadang-kadang result tak betul ke?? upt tu rosak ke?? Betul ke aku check tengahari ni valid ke selalu orang kate kene try pagi-pagi?? Adalah jugak dekat google kadang-kadang hormon kite waktu pagi dan waktu petang lain mungkin boleh jadi false haish pening la mr google ni.So kesimpulannya pergi la jumpa doktor hokeeyyy
Jumpa-jumpa doktor story mory semua doktor kate kalau macam awak tak datang period dalam seminggu then naik 2 line tu confirm la pregnant ke awak still nak check jugak?Dah alang-alang sampai klinik check jugak la.Sama je actually upt test kat klinik dengan upt dekat farmasi.Ada orang cakap kadang-kadang kat kat klinik lagi la diorang pakai upt test cap ayam je.Test waktu pagi or tengahari valid ke?Kalau dipikirkan logik la korang pegi klinik semestinya pagi ke?tak kan?kadang-kadang petang or malam kan?So masa pegi tu tengahari dan doktor sahkan valid.
Keluar klinik husband tanya cene?Hmmm im pregnant!! ingat nak sweet-sweet la kan skali en suami cakap tegok la power x?Korang paham tak??Kalau tak paham tak pe haha.
Doakan kandungan bella baik-baik saja ok.Amin.
6 comments:
Tahniah ye sis... sy pun alami mcm sis... tpi sy dh ad ank sorang ... skrg baru 2hri miss period nak tggu hbis smggu bru nk test...
bosan baca
Hehe berdebar je tunggu resultnya yer, sekali pregnant da. Tahniah yer sis ��
tahniah, semoga dimurah kan rezeki :)
Tahniah Bella...sy dh 8 hari lewat period..tapi nk biar dlu,,tak nak pegi jumpa Dr lagi...sy ada guna upt 2 kali tapi result negative�� husband ckp tggu seminggu lagi kalau tak period jugak pergi klinik
Thanks for the story. Saya pun rasa benda sama. Perut kembung kemain lagi. Rasa loya.. hopefully dapat double line nanti
Post a Comment